Saturday, January 18, 2014

Proton Suprima S Super Premium 2014

Tahniah di atas pelancaran model ne..super premium

Proton Suprima S Super Premium dilancar nampak macam'sporty' gak..mempunyai dua warna iaitu 'Fire Red' dan 'Solid White' dengan anggaran harga RM87,929.45.

Suprima S Super Premium dilengkapi rim 'sporty' 17 inci, kerusi kulit dan body kit R3 dan enjin 1.6 liter turbo tujuh kelajuan serta cirri pemanduan dan pengendalian Lotus yang dinamik.

Proton Suprima S Super Premium turut dilengkapi Teknologi HPF (Hot Press Forming) yang memberi perlindungan yang lebih baik, enam beg udara selain dianugerah penarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kereta Baharu Australiasia (ANCAP).

Lukman berkata dengan pelancaran varian terbaharu itu, pembeli tidak perlu membuat ubah suai pada kereta mereka untuk memiliki kenderaan yang lebih sporty dan memberi nilai pulangan yang lebih berbanding varian sebelumnya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts