Tuesday, January 7, 2014

Boboiboy : Sfera Kuasa - Animonsta Akan Hadir Dengan Filem Animasi Baru

perrhh tak sabar rasanya menunggu Filem animasi boboiboy 2014 ne. tajuk pun nampak macam menarik ahhh Boboiboy : Sfera Kuasa... 

Minat sungguh aku dengan superhero koko ne..mengalahkan anak2 aku plak..keh2.. apa2 pun tujuan aku download dulu cuma nk kasi anak2 layan ja..sekali menarik plak..bapak pun layan sekali ahhh.. 

Boboiboy : Sfera Kuasa...  ini aku dapat info dari youtube Animonsta 

maklumat lanjut klik ne 

Animonsta Akan Hadir Dengan Filem Animasi Baru – Boboiboy : Sfera Kuasa

Animonsta sebelum ini telah mengumumkan akan hadir dengan filem animasi yang memfokuskan kepada watak Boboiboy sejak daripada tahun lepas, dan kini mereka secara rasminya mengumumkan projek tersebut, yang akan membawakan tajuk “Sfera Kuasa”.
Boboiboy - Sfera Kuasa
Buat masa ini, apakah jalan cerita disebaliknya masih tidak diketahui dan masih kekal rahsia lagi. Daripada apa yang dikongsikan Animonsta, filem tersebut akan ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan -2014.
Untuk tujuan promosi awal sebuah laman web disediakan oleh pihak Animonsta, yang sekadar memaparkan sebuah gambar berbentuk teaser dengan lagu latar. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts