Friday, September 18, 2015

TM Bagi Wifi & HyppTV Percuma Untuk Semua Rakyat Malaysia 2015

Telekom Malaysia (TM) nampaknya bermurah hati sempena Hari Malaysia ni, apabila mengumumkan internet dan hiburan percuma buat seluruh rakyat Malaysia. Bermula dari 16 September sehingga 30 September 2015, rakyat Malaysia boleh menggunakan Internet percuma TM melalui perkhidmatan TM WiFi, dan hiburan percuma pula menerusi HyppTV.
TM Wifi adalah perkhidmatan WiFi yang memberikan akses internet di lokasi utama seperti pusat membeli-belah atau kedai makan, di seluruh Malaysia. TM Wifi memberikan akses internet dengan kelajuan 1Mbps di lebih 3,000 lokasi di seluruh Malaysia. Semak lokasi kesemua TM WiFi di sini.
Experience the All new TM Wifi
Untuk menggunakan TM Wifi, hanya cari logo TM Wifi atau rujuk lokasi TM Wifi di sini, kemudian pilih SSID ‘TM WiFi’ dan ikuti langkah daftar masuk percuma, dengan memberikan nama, kad pengenalan dan nombor telefon. Kemudian, nikmati internet percuma tanpa had.
HyppTV pula adalah perkhidmatan IPTV yang menyediakan lebih 100 saluran rancangan TV menerusi internet. HyppTV memiliki pelbagai rancangan dari saluran tempatan seperti TV1, TV2, TV3, 8TV & TV9, serta saluran filem, kanak-kanak, dokumentari dan sukan bertaraf antarabangsa.
Melalui promosi ini, pengguna HyppTV boleh menonton semua saluran yang ada, tanpa bayaran tambahan. Tetapi ia terhad kepada saluran yang disiarkan secara langsung sahaja, tidak termasuk VOD.
pelbagai rancangan di TM HyppTV
Lebih menarik lagi, orang ramai boleh memuat turun aplikasi HyppTV Everywhere di Apple Appstore atauGoogle Playstore, dan menonton HyppTV di peranti mudahalih di mana jua. HyppTV Everywhere juga boleh ditonton terus menerusi pelayar internet di komputer. Hanya pastikan sambungan internet yang stabil dan pantas untuk menggunakan HyppTV Everywhere. Paling mudah, melalui TM WiFi yang juga percuma.
Tawaran internet dan hiburan percuma dari TM ini adalah peluang terbaik untuk mencuba perkhidmatan TM WiFi dan juga HyppTV. Jika anda gemarkannya, bolehlah terus melanggan perkhidmatan ini selepas 30 September kelak. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari lamanweb TM WiFi dan juga HyppTV.

Popular Posts