Thursday, January 16, 2014

BoBoiBoy Gempa : Kuasa BoBoiBoy Gempa

BoBoiBoy Gempa merupakan bentuk yang dipertingkat bagi BoBoiBoy Tanah. Dia muncul buat julung kalinya dalam episod akhir musim pertama BoBoiBoy, setelah BoBoiBoy Tanah melihat semua kawan-kawannya teruk ditumpaskan oleh Robot Pemusnah Mukalakus di kawal oleh Adu Du.

Kuasa BoBoiBoy Gempa

Kuasa Gempa: tingkatan Kuasa Tanah. Sesetengah kuasanya hampir sama dengan kuasa BoBoiBoy Tanah , tetapi lebih kuat dan dapat dikawal/dimanipulasikan dengan lebih baik.

Giga/Golem Tanah (Earth Golem) - Kuasa istimewa Gempa, gergasi batu yang berperanan membantu Gempa melawan musuh.Pergerakan Giga dikawal dengan gerak-geri badan BoBoiBoy Gempa.

 Tumbukan Giga (Giga Punch) - Tumbukan dari Giga

Tumbukan Tanah (Earth Power Punch) - Gempa menumbuk tanah menghasilkan beberapa bongkah dengan hujung runcing berpusing ke arah musuh.

Tanah Pelindung (Earth Wall) - Tanah pelindung kuat dan untuk melindungi diri.

Cengkaman Tanah (Rock Grab) - Mencengkam musuh dengan erat. Sama seperti tanah pencengkam
   
Tanah Tinggi Pencengkam (Grappling Earth Pillar)- Mencengkam musuh yang berada tinggi di udara.

Giga/Golem Naga Tanah (Dragon Golem) - akan muncul di boboiboy musim ketiga melawan Naga Bayang.

Popular Posts