Wednesday, March 16, 2016

Kelebihan Tilam Berasaskan Kekabu : Kekabu Asli 100%

Berikut adalah kelebihan tilam berasaskan kekabu:

i) Bayi yang menggunakannya akan cantik postur badannya malah akan lebih cergas dan sihat kerana memiliki tulang belakang yang sempurna. Tapi sekarang para ibu cenderung membeli tilam bergentian sintetik kerana lembut. Ingat : kelembutan tidak sesuai untuk pembentukan tulang belakang.

ii) Kekabu ialah gentian semulajadi anugerah Allah yang wujud sejak wujudnya dunia ini.

iii) Kekabu tidak menyimpan haba. Maka tilam kekabu tidak panas.

iv) Kekabu lembut dan mudah digebukan semula. Caranya ialah dengan menjemur tilam kekabu di bawah sinaran matahari, kemudian ditepuk tangan.

v) Produk berasaskan kekabu tahan lama, mungkin boleh menjangkau 20 tahun atau lebih.

vi) Kekabu tahan rintang terhadap serangan serangga seperti pijat dan bakteria (Manohara et. al., 2006). Serangga dan kulat tidak sesuai hidup dalam kekabu kerana tiada kelembapan pada kekabu.

vii) Kekabu bersifat tidak toksik kerana tidak mengandungi bahan kimia tambahan. Maka tidak kesan sampingan yang negatif kepada si penggunanya.

viii) Kekabu adalah ringan iaitu 7 kali kurang tumpat daripada kapas




Popular Posts