Thursday, January 16, 2014

BoBoiBoy Halilintar : Kuasa BoboiBoy Halilintar

Penampilan sulung BoBoiBoy Halilintar di Musim 1 episod 11.

BoBoiBoy Halilintar merupakan bentuk yang dipertingkat bagi BoBoiBoy Petir. Dia muncul buat julung kalinya dalam Musim 1 episod 11 setelah BoBoiBoy Petir melihat banyak balon meletus oleh Adu Du sehingga menjadi teramat marah.

Dalam kemunculan pertama bentuk ini, dia diperhambakan oleh Adu Du dan diberi nama Ada Da. BoBoiBoy halilintar juga merupakan bentuk dipertingkat yang pertama muncul di skrin



Kuasa Halilintar merupakan tingkatan kuasa bagi Kuasa Petir. BoBoiBoy Halilintar mampu menggunakan kuasa tingkatannya secara automatik tanpa perlu dipelajari atau dikuasai terlebih dahulu. Satu-satunya kuasa Halilintar yang pernah digunakan oleh Boboiboy yang asal ialah Gerakan Kilat namun, tidak mencapai kelajuan sebenar.

Pedang Halilintar (Thunder Blade): Senjata khusus untuk BoBoiBoy Halilintar berbentuk sepasang pedang kilat merah panjang yang digunakan untuk menyerang lawan. Versi tingkatan dari Keris Petir, dua bilah Pedang Halilintar juga membolehkan BoBoiBoy Halilintar untuk meluncur di udara.
   
Keris Petir (Lightning Bolt) : Dalam episod 11 BoBoiBoy Halilintar menggunakan Keris Petir menewaskan Super Probe. Keris Petir versi Boboiboy Halilintar lebih besar dan berwarna merah.

Gerakan Kilat (Lightning Speed): Kelajuan bergerak sepantas kilat.

Bola Kilat (Thunder Sphere): Gumpalan tenaga petir yang kuat yang digunakan untuk menyerang musuh dari jarak jauh.

Kilauan Kilat (Flash Shine): BoBoiBoy melepaskan tenaga petir yang kuat diseluruh badannya untuk membentuk cahaya kilat yang menyilaukan pandangan lawannya untuk tempoh waktu yang pendek.

Retakan Halilintar (Thunder Attack): BoBoiBoy mampu meretakkan sebarang pelindung musuh menggunakan tetakan dari Pedang Halilintar.

Tendangan Halilintar (Lightning Kick): menendang bola sekencang halilintar
   
Tusukan Pedang Halilintar (Lightning Sword Sword Struck): menusuk musuh dengan Pedang Halilintar.
   
Pelindung Halilintar (Lightning Shield): Medan kuasa halilintar digunakan untuk melindungi diri sekaligus memberi renjatan jika musuh cuba memecahkan Pelindung Halilintar.
   
Hujan Halilintar (Lightning Rain): Pedang halilintar yang dicampak ke langit dan kemudian menjatuhkan beratus-ratus pedang halilintar ke bumi.

Popular Posts