Friday, January 31, 2014

Pak Amir Dan Pari-Pari : Kisah Lawak

Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api.
Apabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu.

Maka datanglah Pari-Pari Tasik kepada Pak Amir.

Pari-pari: "Kenapa dengan kau?"

Pak Amir: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak."

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Ya, itulah kapak buruk aku."

Pari-pari Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Amir berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya.
Kali ni isterinye pulak yang jatuh ke dalam tasik.
Pak Amir susah hati.

Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir..

Pari-pari: "Kenapa kau bersedih?"
Pak Amir: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."

Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Emma Maembong.

Pari-pari: "Inikah isteri kau?"
Sambil menangis Pak Amir menjawab... "Ya, itulah isteriku.."

Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak?"

Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Emma Maembong... kau akan bawakan pula Luna Maya... kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...!!
Bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...!!!
Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua..."

Share kot2 ada yg belum baca...

Alkisah Seekor Tikus Dan Ancaman Perangkap : Copy WhatsApp

TIKUS  & ANCAMAN PERANGKAP                   
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Alkisah seekor tikus dan sahabat-sahabatnya...

Sang Tikus melihat daripada satu lubang tepi rumah untuk lihat petani dan isterinya sedang membuka satu bungkusan…

“Apa makanan dalam kotak ini?” bayang tikus tersebut yang kelaparan.

Sang Tikus terkejut melihat apa yang dikeluarkan petani dan isterinya berupa perangkap tikus!

Sang Tikus yang ketakutan balik ke kandang memberitahu kawan-kawannya, “Ada satu perangkap tikus dalam rumah Pak Ali! Ada satu perangkap tikus!”

Ayam yang sedang tidur, bangun dan menggaru dan menaikkan kepalanya lalu berkata, “Sang Tikus, ana tahu ini ialah masalah besar untuk enta, tapi ini tak ada kena mengena dengan ana… Ana tak kisah pun, jangan kacau tidur ana.”

Kecewa, Sang Tikus pun mencari Sang Kambing yang juga rakan karibnya untuk memberitahu berita perangkap tikus.

“Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali,” kata Sang Tikus.

Sang Kambing melihat Sang Tikus dengan mata tak bermaya lalu berkata, “Maafkan ana Sang Tikus. Ana tak boleh berbuat apa-apa selain berdoa. Ana akan pastikan enta dalam doa ana.”

Kecewa lagi, Sang Tikus pergi berjumpa dengan Sang Kerbau dan berkata, “Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali! Ada perangkap tikus di rumah Pak Ali” dengan harapan Sang Kerbau akan mengambil peduli masalah yang dihadapinya.

Sang Kerbau berkata,”WOW, Sang Tikus. Ana simpati pada enta, tapi perangkap itu, kulit saya pun tak terasa kalau terpijak.”

Sang Tikus pun balik ke rumahnya, kecewa dan sedih untuk menghadapi perangkap tikus itu bersendirian tanpa rakan-rakan di kandangnya.

Malam tersebut juga, Sang Tikus terdengar bunyi “PAPP!” seolah-olah perangkap tikus itu telah mendapat mangsanya yang pertama.

Sang Tikus pergi menjenguk di lubang yang sama. Ketika tiba di sana, Sang Tikus terlihat kaki isteri Pak Ali berdarah dan Pak Ali sedang merawatnya. Kelihatan di perangkap tikus itu ialah bangkai seekor ular berbisa yang ekornya terkena perangkap tikus.

Isteri Pak Ali rupanya bergegas ke dapur untuk melihat hasil tangkapan perangkap tikus dan sebaik saja tiba ular berbisa itu yang mengarang terus menyengat isteri Pak Ali.

Pak Ali bergegas membawa isterinya ke hospital, dan beberapa hari kemudian isterinya diarahkan pulang.

Isteri Pak Ali masih tidak sembuh, dan terkena demam panjang. Ada orang kampung memberitahu sup ayam bagus untuk merawat demam – maka Pak Ali telah menyembelih Sang Ayam untuk membuat sup untuk isterinya.

Tapi kerana isteri Pak Ali masih tidak sembuh, ramai sanak-saudara yang datang menjenguk ulang-alik menjaga isteri Pak Ali – Pak Ali menyembelih Sang Kambing untuk memberi makan kepada mereka sebagai tanda penghargaan.

Akhirnya, isteri Pak Ali sembuh. Pak Ali kegembiraan dan mengadakan kenduri kesyukuran dan menyembelih Sang Kerbau untuk menjamu seluruh kampung.

Sang Tikus melihat semua ini terjadi dengan penuh kesedihan.

Wahai anakku,
Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kamu… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kamu bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini.

Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu – jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan kamu bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat.

Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.

Senyum.

Thursday, January 30, 2014

Happy Chinese New Year 2014




Selamat menyambut tahun baru cina 2014 bagi yg berbangsa cina



Post by Warga Jabatan Kecemasan Dan Trauma Malaysia.

Taman Jubli Perak Sg. Petani

Jejalan taman jubli perak

Bonus Tabung Haji 2013 : Bonus TH 2013

Tabung haji mengumumkan bonus tahunan sebanyak 6 % Dan Bonus Haji sebanyak 2 %..

PENYIMPAN DEPOSIT BOLEH SEMAK BONUS MEREKA PADA 3 HB FEBRUARY 2014

Tuesday, January 28, 2014

BonusLink Race For Gold : Blog Suka Suki



dapat email dari bonuslink.. tp best la sesiapa yg kerap guna bonuslink ne.. macam aku guna tuk isi minyak je.. penat gak la nk kumpul point

apa2 leh rujuk di sini Lacasa Biru

Tips Cari Hotel Murah Di Agoda


Tips bagi mendapatkan hotel paling murah 

cari yg ada tanda tersebut " Insider Deals "

Ikea Meatball Recipe : Blog Suka Suki


Ikea Meatball Recipe

Application Photo Grid

saja test..keh2..

Nasi Goreng Kampung Lebih Telur Mata : Blog Suka Suki


ini perli ke apa ne...perhh belambak kan..wakaka.tambah dia macam tuk makan 5 org...

EconSave Discount CNY : 5 Star Mexican Spicy BBQ


agak murah kan.. selalu duk beli ringgit malaysia dua belas ringgit dan sen sembilan kosong 
dekat2 CNY dapat discount lapan ringgit dan sen lapan lapan.. 

KEAJAIBAN MATEMATIK : Lacasa Biru : WhatsApp

KEAJAIBAN MATEMATIK

(ilmu Allah)
" PERTAMA :
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
" KEDUA :
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 + 10 = 1111111111
" KETIGA :
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?
Cuba lihat simetri ini :
" KEEMPAT :
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Kurang hebat ?
Sekarang lihat ini :
Jika 101% dilihat dari sudut pandangan Matematik, apakah ia
sama dengan 100%, atau ia LEBIH dari 100% ?
Kita selalu mendengar orang berkata dia boleh memberi lebih
dari 100%, atau kita selalu dalam situasi dimana seseorang ingin
kita memberi 100% sepenuhnya.
Bagaimana bila ingin mencapai 101% ?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik dibawah ini dapat
membantu memberi jawapannya.
Jika
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ Disamakan sebagai 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26
Maka, kata KERJA KERAS bernilai :
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1 = 99%
H-A-R-D-W-O-R-K
8 + 1 + 18 + 4 + 23 + !5 + 18 + 11 = 99%
K-N-O-W-L-E-D-G-E
11 + 14 + 15 + 23 + 12 + 5 + 4 + 7 + 5 = 96%
A-T-T-I-T-U-D-E
1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%
Sikap diri atau ATTITUDE adalah perkara utama untuk mencapai
100% dalam hidup kita.
Jika kita kerja keras sekalipun tapi tidak ada ATTITUDE yang
positif didalam diri, kita masih belum mencapai 100%.
Tapi, LOVE OF GOD
12 + 15 + 22 + 5 + 15 + 6 + 7 + 15 + 4 = 101%
atau, SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%
( ertinya, Cinta & Kasih Sayang ALLAH melampaui Segalanya...)

Cara Mudah Mencari Muka Surat Al Quran : Copy WhatsApp

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Andriod Usb Drivers For Window: Blog Serba Serbi


Tools & SDKs  << Ne link dia


Samsung Andorid USB Driver for Windows
May 5, 2011
805
The USB Driver for Windows is available for download in this page. You need the driver only if you are developing on Windows and want to connect a Samsung android device to your development environment over USB.

Monday, January 27, 2014

Police Story 2013 : Blog Suka Hati


police story 2013 telah timbul di blog2 free download, nk buat review tak tgk lagi..waktu entry ne di keluarkan aku baru tgk download movie..keh2.. nnti puas layan kalau rajin leh ahh buat review ringkas..


bawah ne ada sedikit sinopsis yg aku copy dari imdb.

Police Story 2013 (2013)
"Jing cha gu shi 2013" (original title)

6.6
Your rating: 
  -/10 
Ratings: 6.6/10 from 423 users  
Reviews: 7 user | 5 critic
A man looking for the release of a long-time prisoner takes a police officer, his daughter, and a group of strangers hostage.

Director:

 

Writer:

 

Saturday, January 25, 2014

Harga Pos Laju : Pos Ekspress 2014

Harap membantu kepada yang memerlukan..hihihi..

Menu Makan D King

Ne menu set A nya.. sedap..ikan bakar sedap..udang sedap sotong pun sedap.. cuma 1 ja..kalau set tu siap2 air jus buah lagi best..keh2..leh seap duit lagi..

Pos Basic Orthopedic : Pengkhususan Orthopedic

Tahniah pada membe yg seorg ne kerana dpt tawaran menjalani pengkhususan Orthopedic. Gambar layan makan kat cafe.. semoga menjadi best student..

Restoran D King : Jalan Jalan Cari Makan

Udah agak lama aku dengar pasal kesedapan mee udang banjir ne..kata2 org bukan setakat sedap tp byk plak.. 1 pinggan boleh makan 3 orang lagi...

hari ne terasa nk test power kedai ne.. di sebbkan agak lapar aku x dpt test mee nya sebb nak makan nasi.. nasi kalau nk order by set only.. setelah berbincang kami pilih set A yang terdiri daripada

Menu Makan D King

1 nasi putih
2 ikan siakap boleh pilih bakar atau stim atau 3 rasa
3 udang masak merah
4 sotong goreng kunyit
5 sayur sayuran
6 air .. air ne dia kasi 4.. 2 air manis 'boleh pilih sirap atau oren' dan lagi 2 air kosong

7 aku order asing air tembikal..kena tambah duit ye..

Total price cuma rm 58.50 saja..

Mee Udang Banjir dan Ikan Bakar Power layan gambar

Billion Supermarket Sg. Petani

Bosan2 hari ne saja bawak family jejalan billion..agak lama aku tak pergi situ.. tempat masih sama mcm 7 tahun yang lalu..huhu..

Thursday, January 23, 2014

Sttay Reward Scam : stayreward.com

assalamualaikum...jom jana income rm900 sehari tanpa modal.. apa kata tiap2 hari kita dok berOnline sambil kita buat income sampingan.. free register dan tiada apa2 bayaran yg dikenakan.. (kalau anda rasa program ni menipu!!! anda tk rugi apa2 pun kan..bukan keluaq modai pun ..tak perlu juai brg..hanya perlu rajin berFB, wechat and whtsapp dan tahu guna komputer sikit2.. apa saja termasuk Tweeter dan lama sosial lain.. anda hanya perlu open link di bawah dan register sebagai member.. lepas register anda dpt 25usd x 3.4=rm85.00 . lepas tu anda akan dapat link anda sendiri..setiap org yg buka link anda..anda akan terima ganjaran sebanyak 10usd x 3.4=rm34.00..heheh mudah kan.. Duit anda boleh pilih sendiri cara pembayaran nya. .sama ada melalui cek atau terus ke acc anda..

Register duit anda percuma sekarang..

Klik DI Sini

Tuesday, January 21, 2014

Nissan GT-R Nismo 2014 : Gambar : Video


Nissan GT-R Nismo 2014 : Gambar : Video 


Bbq Di Kepala Batas


nampak macam sedap kan .. unic plak tu. tq en izham tolong sediakan 

Crocodile Shoes Extralight Flexible Comfort

Crocodile Shoes Extralight Flexible Comfort
Kasut Kulit Crocodile Black 

sangat2 selesa.. harga berpatutan 

Pisang Goreng Tepung Dari Jakarta


ini lah rupa keropok pisang goreng dari jakarta.. aku tak pasti nama nya.. buah tangan dari jiran sebelum.. 
tq ya.. 

Colgate Slim Soft Charcoal Toothbrush


Hot item tu... try beli tgk apa kelebihannya.. Rm 9.90 kalau tak silap buy 2 free 1
menariknya - charcoal - arang.. huhu
Colgate Slim Soft Charcoal Toothbrush (Pack of 3) Ultra Soft

Mug KitKat 2014 : Mug KitKat Promosi 2014

ini lah rupa mug kitkat 2014 .. kepada yang berminat boleh la cepat2 cari.. kumpul buat koleksi je..

Mug KitKat 2014 Dalam Kertas : Promosi KitKat CNY

mug kitkat di ambil dari kuanter free gift ... kena balut kasi kemas.. agak tidak mudah pecah

KitKat Free Mug : KitKat Promosi CNY 2014


KitKat Free Mug RM 9.90 perpack .. nak tgk mug dia tak ........................

klik sini >> Mug KitKat 2014 boleh buat koleksi personal 

QARIN : Apa itu QARIN

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." 
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." 
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." 
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !

والله اعلم

BIBLIOGRAFI:

Samsung Power Bank 9000 mAh : Samsung Dah Keluarkan Power Bank

samsung dah keluarkan power bank..  

INNOKIN iTaste VTR : Malaysia Vapes

iTaste VTR (New)


    Quick Details:
    Size:Battery Capacity:
    Operating Voltage:3.0V-6.0VCharing Time:
    Colors:Release Date:2013-09-25

    Brief Features:iTaste VTR is solid variable wattage and voltage vaping device with detailed finish. It features a rotational wheel and a protective skeleton to hold the tank inside. The voltage and wattage can be adjusted with the rotational wheel; the screen displays voltage or wattage and offers intuitive control over settings leading to more accurate performance.

    The iTaste VTR fits perfectly with iTaste leather carry pouch!

    Features in Brief:
    Variable Voltage: 3.0 – 6.0 volts
    Variable Wattage: 3.0 – 15.0 W
    Short Circuit Protection;
    RMS (root mean square);
    Reverse Battery Protection Circuit;
    Resistive Load Detection (Ohms meter);
    ON/OFF battery switch;
    LED Battery Power Display;
    Low Voltage Warning;
    Overtime Vaping Warning (10 second switch cutoff);
    Battery safety protection (Vent holes);
    High compatibility 510/eGo connector: 
    Built-in 3 digit display (Ohms meter, Volts /Watts, Atomizer voltage output)
    Replaceable Battery: iTaste VTR supports 18650 batteries (unprotected)

    Gulper Shark SH108 - Black : Jam Tangan Lelaki

    macam biasa rutin harian online di lelong window shopping.. sekali terjumpa model neee... adeh nampak menarik tp sayang dah sold out.. tak pa boleh pelan2 cari lagi.. tu pun kalau mampu ahhh... huhu . rega leh tahan gak.. RM 250 lebih kurang cam tu ahh.. 

    macam biasa layan noh pic2 saja2 nk share keh2..

    Gulper Shark SH108 - Black
    Feature available to Store Members
     
    Description:
     
    • We focus on the manufacturing process. Every part of every shark watch is meticulous and durable.
    • We combined the graduation and dial with 3D design. The visual area of the dial is bigger and clearer.
    • Innovative big button, easy to press.
    • Day and Date with LED display.
    • Durable gears and material.
    • Alarm function
     
     
    Main Features:
     
    • Gulper Sharkseries
    • Designed by renowned Italian Watch Designer Mr. Leonardo Cristiano.
    • High precisionquartz movement with the latest breakthrough Technology.
    • Specially designed with Big Case.
    • Water resistant (Not suitable for swimming, diving, shower etc.).
    • 12-months International Guarantee

    Monday, January 20, 2014

    Metopic Synostosis : Craniosynostosis : Frontal Plagiocephaly : Sagittal Synostosis (scaphocephaly)

    Masalah croniosynostosis boleh berlaku satu pada setiap 2,000 kelahiran. Nisbah 1:2000



    SECARA umumnya, sebarang keganjilan bentuk kepala bayi tidak dapat dikesan sebaik dilahirkan. Malah jika ada pun, ramai ibu bapa yang mengaitkannya sebagai kesan kelahiran yang bersifat sementara.

    Apakah tepat persepsi sedemikian? Apa yang pasti, jika keganjilan itu masih wujud dalam tempoh beberapa bulan selepas itu, janganlah berlengah untuk mendapatkan rawatan.

    Hakikatnya, masalah bentuk kepala ganjil atau disebut ‘croniosynostosis’ bukan asing di kalangan masyarakat malah ia dilaporkan berlaku satu bagi setiap 2,000 kelahiran. Silap ada yang beranggapan masalah ini hanya mencacatkan penampilan kerana ia juga memberi kesan kepada kepintaran selain meningkatkan risiko pembedahan.

    Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Dr Wan Azman Wan Sulaiman, berkata kebanyakan masalah croniosynostosis membabitkan keluarga berpendapatan rendah. Ini mungkin disebabkan faktor tidak mendapat pemakanan seimbang selain tidak mengambil vitamin tambahan sepanjang tempoh kehamilan.

    “Walaupun bentuk kepala yang ganjil sangat menonjol, masih ada sebahagian masyarakat beranggapan croniosynostosis perkara biasa. Ini menyebabkan bayi berkenaan membesar dengan keadaan bentuk kepala tidak normal.

    “Croniosynostosis adalah satu daripada beberapa kategori kecacatan pembentukan tengkorak sejak lahir. Ia merujuk pertumbuhan suture (garisan anatomi yang menyaksikan plat tulang tenggorak bersambung dan mudah dirasa pada kepala bayi baru lahir) tersekat atau terhad, yang selalunya menyebabkan tekanan pertumbuhan tengkorak (cranial) yang menyebabkan masalah penglihatan dan menjejaskan pembangunan intelek,” katanya.

    Kata Dr Wan Azman sebagai tambahan, bentuk kepala yang tidak normal dikaitkan dengan masalah rendah diri dan masalah tingkah laku. Membetulkan kecacatan ini membantu melegakan tekanan tengkorak dan dalam jangka masa panjang, membaiki keyakinan diri.

    Tengkorak bayi memiliki tujuh tulang. Umumnya, tulang ini tidak bersambung hingga usia bayi mencecah dua tahun. Ini bagi memberi peluang otak bayi berkembang. Sendi yang dikenali sebagai ‘cranial sutures’ iaitu tisu serat yang kuat bertindak memegang tulang-tulang ini. Di hadapan tengkorak bayi, suture itu bersilang dengan ubun-ubun dengan sifatnya kekal fleksibel hingga tulang bertemu.

    Bagaimanapun, jelas Dr Wan Azman bagi bayi yang mengalami craniosynostosis, suture yang mana tulang tengkorak itu bertemu, tertutup sebelum waktunya. Ini menyebabkan perkembangan tulang tengkorak menjadi tidak normal sekali gus menyebabkan bentuk tengkorak menjadi ganjil. Namun, keganjilan bentuk tengkorak itu bergantung kepada suture mana yang tertutup.

    “Craniosynostosis boleh menjejaskan satu atau lebih sendi tengkorak bayi. Dalam sesetengah kes ia dikaitkan dengan masalah abnormal yang menghalang otak daripada berkembang dengan sempurna.

    “Punca croniosynostosis tidak diketahui sepenuhnya. Namun faktor genetik seseorang itu juga memainkan peranan dan menyumbang antara 10 ke 20 peratus kes. Biasanya faktor genetik dikaitkan dengan beberapa bentuk masalah craniosynostosis seperti sindrom Crouzon, Apert, Carpenter, Chotzen, dan Pfeiffer,” katanya.

    Jelas Dr Wan Azman ada beberapa jenis craniosynostosis. Antaranya;

        Sagittal synostosis (scaphocephaly) - adalah yang paling biasa. Ia menjejaskan suture pada atas kepala. Ia tertutup awal memaksa kepala membesar menjadi lonjong atau panjang. Bayi yang mengalami masalah ini memiliki dahi yang luas dan kerap kalinya membabitkan bayi lelaki.

        Frontal plagiocephaly - Suture yang terbentuk antara telinga ke telinga dan di atas kepala tertutup hanya pada sebelah saja. Ia menyebabkan tengkorak kepala kelihatan lebih panjang pada satu bahagian dan lebih kerap menimpa bayi perempuan.

        Metopic synostosis - jarang ditemui tetapi menjejaskan suture pada dahi. Ia menyebabkan dahi menjadi tajam. Keadaan ini boleh terjadi dalam kategori kes yang ringan hingga serius.


    Mengenai rawatannya, Dr Wan Azman berkata, masalah ini memerlukan pembedahan. Bagaimanapun jenis pembedahan dan waktu yang sesuai untuk bayi dibedah bergantung pada jenis masalah yang dihadapi.

    Bagaimanapun tujuan pembedahan itu tentunya untuk mengurangkan tekanan pada otak, membolehkan otak membesar secara normal dan memperbaiki penampilan anak. Tidak dinafikan, pembedahan kes craniosynostosis adalah sangat kompleks tetapi tidak mustahil untuk dilakukan.

    Craniosynostosis yang tidak dirawat boleh menyebabkan kebutaan, kerosakan otak dan keganjilan bentuk tengkorak yang menjejaskan penampilan. Malah ia mungkin boleh menyebabkan halangan pada laluan pernafasan.

    Info

    Bagaimana mengenal masalah craniosynostosis?

        Tengkorak yang bersaiz abnormal
        Tiada ubun-ubun
        Pertumbuhan kepala bayi yang perlahan atau tiada langsung pertumbuhan

    Popular Posts