Thursday, January 16, 2014

BoBoiBoy Taufan : Kuasa BoBoiBoy Taufan

BoBoiBoy Taufan merupakan bentuk yang dipertingkat bagi BoBoiBoy Angin. Dia muncul buat julung kalinya dalam episod 22 setelah BoBoiBoy Angin terlebih makan biskut yang dicemari oleh bahan kimia Adu Du

Kuasa BoBoiBoy Taufan

Kuasa Taufan merupakan tingkatan kuasa bagi Kuasa Angin. BoBoiBoy Taufan mampu menggunakan kuasa tingkatannya secara automatik tanpa perlu dipelajari atau dikuasai terlebih dahulu. Seperti kuasa tingkatan yang lain, kuasa untuk bentuk tingkatan tidak boleh/ tidak pernah digunakan oleh BoBoiBoy yang asal.

Bola Taufan (Cyclone Stormball): Gumpalan angin kencang berbentuk bola kecil yang menghembuskan lawan dari jarak dekat apabila dilepaskan dan menyebabkan lawan terpelanting secara berpusing.

Cakera Udara (Cyclone Boomerang): Senjata hasilan taufan berbentuk boomerang yang dilancarkan ke arah lawan dari jarak jauh.

Gerudi Taufan (Cyclone Drill): BoBoiBoy menghasilkan puting beliung mini ditangannya yang digunakan sebagai gerudi untuk menyerang pihak lawan dan musuh.

Perisai Taufan (Cyclone Shield Ball): Teknik pertahanan terunggul BoBoiBoy Taufan yang digunakan untuk menangkis sebarang serangan.

Hoverboard Taufan (Cyclone Hoverboard) : Kelengkapan khas untuk BoBoiBoy Taufan berbentuk papan luncur membolehkan BoBoiBoy Taufan bergerak bebas diudara.

Pusaran Taufan (Storm Dodge) : mempelantingkan benda yang 2x lebih besar (contoh : biskuit yaya) ,akan ada angin puting kecil disela selanya, dan akan bertambah kecepatanya 3x lebih kencar daripada dilempar seperti biasa.
   
Pusaran Angin Kencang (Vortex Winds) : dilihat dalam Musim 2, Episod 12.

Popular Posts