Monday, March 24, 2014

Zombi Kilang Biskut Sinopsis



Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai `supervisor' atau penyelia setelah Husin diisytiharkan sebagai seorang muflis akibat tertipu dalam Skim Cepat Kaya di Singapura.

Di kilang berkenaanlah Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan.Dan Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit.

Keadaan menjadi tegang apabila mereka terperangkap dalam kilang biskut dan polis mengisytiharkan darurat di seluruh Taiping. Dalam masa yang sama seorang demi seorang pekerja kilang biskut itu hilang dan ada yang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan.

Apabila disiasat, Husin mendapati semua kejadian itu berpunca daripada serangan zombi yang berkeliaran di kawasan stor kilang berkenaan.

Dia seterusnya mendapati kilang itu sebenarnya membekalkan dadah jenis ecstasy tetapi proses pembuatan dadah itu menjadikan penagih bertukar menjadi zombi.lacasabiru.blogspot.com

Namun masalah timbul ketika Husin bersama rakannya berusaha memusnahkan kumpulan zombi itu dengan menangkap ketua kumpulan pengedar dadah itu.

Zombi Kilang Biskut adalah filem pertama diterbitkan syarikat milik Mamat Khalid, Enjit Enjit Semut Sdn Bhd dengan bajet RM1.9 juta.

Zombi Kilang Biskut melakukan penggambarannya di sekitar Chemor, Jelapang dan sekitar bandar raya Ipoh.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts