Monday, April 16, 2018

ETOK SALAI : Lacasa Biru : RohayuKekabu : DseryBeauty


Etak atau etok. Banyak budak-budak muda sudah tidak kenal etak.  Dulu kebanyakan sungai di Kelantan banyak terdapat etak.  

Jadi tidak hairan jika etak digemari ramai di Kelantan.  Namun, kini etak sukar ditemui lagi.  Sungai di Kelantan tidak lagi dijumpai etak atau kalau adapun kuantitinya amat sedikit. Puncanya disebabkan pencemaran air.  

Kalau ada etak dijual di Kelantan, itu yang dibawa dari luar Kelantan.Tidak tahulah mengapa penduduk di negeri lain kurang minat terhadap etak. 

Etak adalah sejenis hidupan cengkerang dan amat popular di Kelantan dijadikan menu hidangan harian serta dijadikan snek ketika bersantai bersama keluarga dan rakan.

Dikenali sebagai corbicula fluminea dalam bahasa saintifik, dulunya amat mudah didapati di sepanjang sungai di negeri Kelantan.  Sebab itu, ia terkenal dan menjadi kegemaran rakyat Kelantan memakannya. 

Popular Posts