Tuesday, November 10, 2015

Kursus Pengkhususan / Diploma Lanjutan Kementerian Kesihatan Malaysia Online



Kursus Pengkhususan / Diploma Lanjutan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), KKM bagi meningkatkan tahap kemahiran Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB) dalam bidang yang berkaitan dengan bidang tugas mereka. Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa untuk tempoh enam ( 6 ) bulan dan dua belas ( 12 ) bulan dan pengambilan adalah pada bulan Mac dan September setiap tahun. Iklan dikeluarkan dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan November.

Kursus Pengkhususan / Diploma Lanjutan atau nama awalnya Post Basic diperkenalkan pada tahun 1959 di sekolah Latihan Jururawat Johor Bahru ( Kursus Pos Basik Kebidanan Bahagian I ). Ia mula berkembang dan pada masa ini terdapat sebanyak 58 kursus berkenaan yang telah diluluskan oleh Lembaga Pendidikan, KKM. Mulai tahun 2005, konsep kursus ini telah ditukar kepada Kursus Pengkhususan / Diploma Lanjutan di mana prosedur-prosedur di dalam buku “log” kursus tersebut telah dipertingkatkan tahapnya dari segi pengajaran dan pembelajaran dan ia boleh diguna pakai bagi tujuan credentialing.

Daftar Online http://eldp.moh.gov.my/

No comments:

Post a Comment

Popular Posts