Showing posts with label Copy WhatsApp. Show all posts
Showing posts with label Copy WhatsApp. Show all posts

Friday, May 9, 2014

Loghat Kedah/Utara : Copy WhatsApp

Loghat Kedah/Utara SPM Kertas Julai 1981 Bahagian I.

Anda diberi 30 minit untuk menjawab soalan-solan berikut.

Sila jawab semua soalan. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk soalan-soalan di bawah.

Markah lulus adalah 60 peratus.

 1.       Tulong dengag habih-habih na……toksah dok tebiang satni hang muleh kot

Ayat di atas kedengaran dalam satu perbualan Antara dua sahabat. Dalam kontek ini ayat tersebut merupakan

A)     Nasihat
B)      Amaran
C)      Gurauan
D)     Pujukan

 2.       Awat la yang hangpa dok tahana kat menatang depa bukan gheti apa……

“Tahana” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan perkataan

A)     Membelai
B)      Mendera
C)      Memberi makan
D)     Memandikan

 

3.       Susunkan perkataan-perkataan di bawah mengikut turutan yang paling dekat hingga paling jauh

I Tengalong
II Balin
III Punggai
IV Hawin
V Tauk

 A)     III, I, II, V, IV
B)      V, III, IV, II, I
C)      III, II, IV, I, V
D)     V, IV, II, I, III

 
4.       “Mangkaq, Menghelorp, Kelolo, Loklaq”

Perkataan manakah yang tak sepatutnya berada dalam kumpulan di atas

A)     Mangkaq
B)      Menghelop
C)      Kelolo
D)     Loklaq

 
5.       Perbuatan-perbuatan di bawah adalah reaksi manusia semasa ditimpa musibah

I Kelupoq
II Teghiak
III Meghaung
IV Keghyau

 Susunkan mengikut turutan dari kurang ke paling serius

A)     I, II, III, IV
B)      II, I, IV, III
C)      II, IV, III, I
D)     II, III, I, IV

 6.       Awang Bokceh terghjun keleborg habih selut belutin

Ayat di atas menceritakan perihal Awang Bokceh yang bermain

A)     Payung terjun
B)      Guli dalam tin
C)      Dalam Lumpur
D)     Dalam sungai

 
7.       Menaboq, meghedih, menanam, menyulam, mengerat, memukoi, mengughoi

Perakataan-perkataan  di atas adalah proses

A)     Pemiliharaan lintah dari benih kecil hingga dewasa
B)      Semaian padi hingga menuai
C)      Semaian getah hingga menoreh
D)     Penanaman kopi hingga bancuhan kopi

 
8.       Pak Arq la ni sesak tak sangga sekepiang ghabit pun haram aih

“Sekepiang ghabit” dalam ayat di atas merujuk kepada

A)     Binatang
B)      Perbuatan
C)      Duit
D)     Riba
 

9.       “Ghumbu, Ghempang  dan Isein” adalah ukuran untuk

A)     Kekuatan
B)      Keseronokan
C)      Kegilaan
D)     Kesedapan

 

10.   “Daih, Pelekorh, Highik, Ghenyak” adalah perbuatan untuk

A)     Membuat kenduri
B)      Membaca buku
C)      Mengalahkan lawan
D)     Menghidupkan api

 
11.   Mokalo hat pri depa celapak meneghu

“Celapak meneghu” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan

A)     Timpa kelam
B)      Gelak Wakwit-wakwit
C)      Pulun habih ghiang
D)     Singkei gigi

 

12.   “Kebah” ataupun “Melanuih” adalah perkataan-perktaan yang merujuk kepada

A)     Tahap kegemukan seseorang
B)      Tahap kesihatan seseorang
C)      Tahap keseronokan bermain
D)     Tahap kepayahan soalan peperiksaan

 
13.   Hang kena ……..… , pi la sua …………..baghu depa uloq mai

Perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat di atas adalah

A)     ranggi, bangkong
B)      jadi ponen, ketorg
C)      hemoi, domoi
D)     baloq, cenonot
 

14.   “Daje, pelaq, pulaih hawaq” adalah perkataan-perkataan yang digunakan sebagai

A)     Pujukan
B)      Pujian
C)      Makian
D)     Jampian

 
15.   “Tobat dan panah lintaq” adalah perkataan-perkataan yang sering digunakan semasa

A)     Bersumpah
B)      Bermain hujan
C)       Bermain wau
D)     Bersenam
 

16.   “Teghebei, Cakplong, Jengkek dan Toi” adalah jenis-jenis

A)     Makanan pembasuh mulut
B)      Senjata orang dewasa
C)      Pakaian tarian makyong
D)     Permainan kanak-kanak

 

Tuesday, April 22, 2014

Kuarters Kerajaan Di Tukar Kepada Rumah Sewa Kerajaan

info dari whats app...

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kepada kerajaan supaya kuarters kerajaan ditukar nama kepada rumah sewa kerajaan untuk memastikan penjawat awam Gred 44 dan ke bawah dapat menikmati elaun perumahan pada kadar penuh.

Presidennya, Azih Muda, berkata jika status kuarters itu diubah, CUEPACS mencadangkan agar RM124 dijadikan sebagai kadar sewa bulanan ke atas penjawat yang menikmati kemudahan itu.


Azih menjelaskan masalah yang timbul ketika ini ialah apabila penjawat awam tinggal di kuarters kerajaan, elaun perumahan mereka serendah RM180 sebulan akan ditolak selain hanya menikmati 50 peratus daripada bayaran elaun kos sara hidup (Cola).

"Jika kuarters ini jadi rumah sewa, maka baki elaun perumahan setelah tolak sewa perlu dipulangkan kepada penjawat awam. Contohnya kalau elaun perumahan RM180, dah tolak sewa RM124 akan ada lagi baki RM56.

"Selain itu bayaran Cola maksimum RM300 (mengikut kawasan) perlu diberi 100 peratus kepada penjawat awam, tiada lagi sebab untuk potong 50 peratus," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kongres CUEPACS sesi 2013-2016 di sini, hari ini.

Azih berharap kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya berhubung cadangan CUEPACS itu dalam usaha mengurangkan tekanan hidup yang dialami penjawat awam sekarang.

Selain itu, CUEPACS juga berharap agar kerajaan dapat mengkaji semula elaun sewa hotel yang dianggap tidak lagi relevan memandangkan kadar penginapan kini semakin meningkat selain menilai semula elaun perjalanan.
"Elaun perjalanan ini masih pada kadar yang lama sedangkan harga petrol dah naik. Jarak yang dilalui sama tapi kos yang dibayar lebih," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azih berkata sambutan Hari Pekerja 2014 pada 1 Mei depan akan diadakan di Dewan Wawasan Jitra, Kedah dengan tema "Penjawat Awam Tiang Seri Negara".

Katanya, tema itu dipilih selaras dengan peranan serta fungsi penjawat awam dalam membantu kerajaan membangunkan negara.

Tuesday, April 15, 2014

Kenangan Zaman Kanak Kanak

Apa kenangan anda zaman menjadi budak-budak?
Mustahil tidak pernah t'jadi.
Rugi kalau xtgk.

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak
tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

22. Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.

23. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

24. Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda + atau -. Orang cakap kalau tanda -, tak boleh minum. Pastu terus buang.

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

26. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi
orang miskin.

27. Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

28.anda mesti tgh senyum.sorang.bila anda baca memory kat atas ni...   #copy klu pernah ada buat sume ini.. saya copy sbb saya tahu anda mesti pernah buat.. hihihi.. kenangan..

Wednesday, March 5, 2014

Realiti Kehidupan : Copy WhatsApp

Realiti kehidupan...

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..

Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak.

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.

Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung Rm15.00 tu....Uaaaaa Uaaaaa..isteri ku sayang.

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yg penyabar demi melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah kepadanya...Nak buat kerja lebih masa dan part-time nanti isteri mengeluh selalu tak lekat kat rumah...penat dia melayan kerenah anak anak sorang diri...tapi bila gaji tak cukup pun di sindir katakan suami tak jalankan tanggungjawab...bila mintak dibantu nanti di katakan itu tanggungjawab suami untuk sediakan nafkah anak isteri...lagipun dia katakan dah tlg bayarkan duit baby sitter yg sepatutnya tanggungjawab suami...

kesimpulannya dan persoalannya bahagiakah suami itu atau dayuskah suami itu atau boroskah keluarga mereka ?

Sunday, March 2, 2014

BERGURAU ADA BATASNYA , FIKIR DULU SEBLUM CAKAP : Copy WhatsApp

INFO: BERGURAU ADA BATASNYA , FIKIR DULU SEBLUM CAKAP.     

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:         
1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kafir)         
2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah, beselerak je muke aku tgk. (jatuh kafir)         
3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir)         
4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh kafir)         
5- Senyum la sket, muke masam je dah macam malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kafir)         
6- Sedarlah sikit yang selama ni kerajaan bagi rezeki kat kamu. (jatuh kafir)         
7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan mahkamah la pulak. (jatuh kafir)         
8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat kan? Macam best je.. (jatuh kafir)         
9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh kafir)         
10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni.. (jatuh kafir)         
"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" -Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.         
p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.   
      
Tolong SHARE sekiranya input ini berguna untuk anda. Mungkin berguna juga untuk orang lain
Bahaya Nie...baru tau . masya Allah ! Syirik kecil boleh jadi macam ni. Situasi:
1) Ammar sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya, Farhan berkata. "Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil.  2)Azlie bertanya kpd Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad mjwb, "Dah, semalam."
Haaa perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan amalan wajib lima waktu. kita tak tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan? So copypaste laa. Ilmu untuk dikongsi bukan utk dijual beli. Sumber 'Usrah' tv 119 .

Popular Posts