Wednesday, November 11, 2015

Chlorhexidine Gluconate

Kegunaan Chlorhexidine gluconate 

Chlorhexidine gluconate adalah sejenis cecair antiseptik yang digunakan untuk membunuh kuman yang melekat pada badan. Ia berupaya untuk membunuh pelbagai jenis bakteria dan fungus. Ia biasa diperolehi dalam bentuk cecair sabun atau ubat kumuh. Antara jenama yang biasa digunakan ialah Antibex.

Chlorhexidine gluconate biasanya digunakan untuk: membasuh tangan sebelum melakukan sesuatu prosedur di hospital atau klinik seperti pembedahan merawat penyakit gusi dan mulut. Antara penyakit yang biasa dirawat dengan chlorhexidine gluconate ialah radang gusi. Dalam kes ini, chlorhexidine gluconate dihasilkan sebagai pencuci mulut. membersihkan tali pusat bayi yang baru lahir

Kontraindikasi daripada menggunakan chlorhexidine gluconate Ia tidak sesuai digunakan oleh sesiapa yang mempunyai tanda­tanda alahan semasa menggunakannya seperti naik ruam merah yang gatal dan bengkak pada bahagian kulit yang terkena cecair tersebut.

Kesan sampingan chlorhexidine gluconate Chlorhexidine gluconate boleh mengakibatkan berlaku tindakbalas alahan seperti kulit menjadi merah, gatal dan bengkak.

credit

No comments:

Post a Comment

Popular Posts