PENDAPAT-PENDAPAT BERKENAAN HUKUM BELI ETA
1. Eta dpt emas.. Loaded7 ko jual emas tu dengan persetujuan bayaran secara ansuran dgn formula tertentu kedua2 belah pihak.
2. Fiat xbersandarkan dgn emas.. kalau usd maybe.
3. psl item ribawi bila emas dgn emas, tp lain halnya kalau dgn wang kertas ada khilaf...n psl insentif tetap tu...kita jual beli, bukan plaburan...mcm kes byr ansuran...sy nk terangkn apa yg kita fhm je...psl video izudin tu...kalau lock brg xde...itu akn pluang mudarat kpd pmbli...sebb tu tok kata, kena ada stok...xde stok itu money game
4. ini pndpt sy.. maaf klu slh.. klu slah betol kn diri sy.. ETA boleh.. dlm islam (jual beli assalam/ jualbeli istisna')
5. sejak richard nixon tak mengikat duit dengan emas, maka duit bukan lagi dinilai bersandarkan emas. Hanya fiat semata2. Hanya sah diperlakukan oleh kerana diberi nilai oleh bank negara masing2
Bai’ Al-Salam – Konsep Akad Dalam Muamalah Islam
Ada banyak konsep perniagaan dalam Islam dan salah satunya adalah BAI’ AL-SALAM. Penerangan ringkas mengenai konsep akad Bai’ Al-Salam :
Bai’ al-salam (بيع السلم) ialah jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai, seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran bentuk, spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya dibuat secara tunai, manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan.
Ulama empat Mazhab telah sepakat bahawa Bai’ al-Salam ini sah dengan enam syarat, iaitu :
1- Hendaklah ia diketahui jenisnya.
2- Hendaklah diketahui sifatnya.
3- Hendaklah diketahui jumlahnya.
4- Tempoh penyerahan ditentukan.
5- Mengetahui kadar nilai harganya.
6- Hendaklah tempat penyerahannya dimaklumi jika membawa barang tempahan ke sana memerlukan perbelanjaan.
Hukum jual beli Istisna’ menurut ulama yang membenarkan transaksi ini dengan berpendapat bahawa Istisna’ disyariatkan berdasarkan sunnah Nabi bahawa baginda pernah meminta dibuatkan cincin sebagaimana yang disebutkan dalam an-Nihayah fi Gharib-Hadits sebagaimana yang disebutkan yang bermaksud:
Rasulullah meminta dibuatkan cincin daripada emas
Menurut pendapat sebahagian ulama bahawa Istisna’tidak sah kerana menjual sesuatu yang belum wujud bukan melalui dengan cara jual beli salam.Dalam kitab al-Inshaf disebutkan bahawa al-Qadhi dan ulama yang sealiran dengannya menyatakan bahawa jual beli Istisna’ sesuatu barangan tidak sah kerana menjual sesuatu barang yang tidak ada selain cara jual beli salam.
di petik dari DEPB
No comments:
Post a Comment