Tuesday, August 19, 2014

IKTIBAR KISAH CINTA LAILA MAJNUN ASTRO OASIS

Baru-baru ini aku berkesempatan menonton Drama Cinta Laila Majnun yang disiarkan di Astro. Daripada drama tersebut terdapat pengajaran yang kita boleh ambil untuk dijadikan iktibar, lebih-lebih lagi kepada pasangan muda-mudi yang sedang hangat bercinta.
Drama Cinta Laila Majnun mengisahkan tentang seorang pelajar tahfiz bernama Khalid yang begitu mencintai seorang gadis bernama Laila. Percintaan Khalid dengan Laila tidak mendapat restu keluarga Laila disebabkan perbezaan darjat. Bila cinta tak kesampaian, Khalid tidak dapat menerima hakikat ketentuan takdir dengan menyalahkan Tuhan sehingga dia menjadi gila setelah Laila hendak dinikahi kepada pemuda lain. Setelah hidup seperti orang gila yang berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain selama 3 tahun, Khalid ditakdirkan bertemu dengan Laila kembali.

Setelah bertemu kembali, Laila memberitahu Khalid, dia tak jadi berkahwin dengan pemuda yang ingin dikahwinkan oleh keluarganya dulu dan dia masih sendiri. Bila Khalid terdengar berita itu, dia seperti tersedar daripada penyakit gilanya dan dia cakap “Tuhan telah makhbulkan doa dia dan Laila”. Selepas itu, mereka terus berkahwin bila keluarga Laila merestui hubungan mereka.

Setelah beberapa lama, Laila pun mengandung. Sewaktu hendak melahirkan anak berlakunya komplikasi, sehingga mengakibatkan Laila meninggal dunia. Bila Laila meninggal dunia, Khalid tak dapat menerima hakikat ketentuan takdir sekali lagi dan dia terus menyalahkan Tuhan dengan mengatakan Tuhan terlalu kejam untuknya. Kemudian, Khalid telah menjadi gila kembali sehingga akhirnya di penghujung cerita dia tersedar akan kesilapannya yang menyintai Laila melebihi kecintaan kepada Tuhan.

Iktibar pertama yang kita boleh ambil daripada drama ini adalah tentang sikap Khalid yang hanya bersyukur kepada Tuhan disaat dia senang atau sewaktu permintaannya dikhabulkan Tuhan sahaja. Bila dia susah atau permintaannya tidak dimakbulkan Tuhan, dia terus menyalahkan Tuhan atau takdir. Ini satu sikap yang tak sepatutnya dicontohi kita, bila senang kita ingat Tuhan, bila susah kita lupa Tuhan.

Iktibar kedua yang kita boleh ambil daripada drama ini adalah sikap Khalid yang terlalu mencintai Laila sehingga melebihi segala-galanya termasuk kecintaan kepada Tuhan. Bila cintanya tak kesampaian, dia terus tak dapat menerima hakikat dengan menyalahkan takdir sehingga dia menjadi gila. Bila Laila meninggal dunia sewaktu melahirkan anak, dia menyalahkan takdir lagi sehingga dia menjadi gila sekali lagi. Inilah jadinya kalau kita mencintai sesuatu lebih kepada kecintaan pada Tuhan.

Sesetengah daripada kita, bila kita menyayangi seseorang yang bergelar kekasih, kita menyayangi sepenuh hati sehingga mengatasi segala-galanya termasuk kecintaan kepada Tuhan. Bila cinta tak kesampaian mulalah nak memberontak, bunuh diri atau menjadi gila seperti yang berlaku kepada Khalid. Dalam hidup ini Tuhan tak jadikan kita untuk bercinta tetapi untuk beribadah kepada-Nya. Jadi, tak perlu nak bercinta bagai nak rak kepada pasangan yang belum tentu menjadi suami atau isteri kita.

Kalau ada orang kata, kita hanya boleh jatuh cinta atau terpikat kepada hanya seorang perempuan atau lelaki sahaja dalam hidup kita, itu adalah pembohong. Sebenarnya dalam hidup kita, kita boleh terpikat kepada lebih daripada seorang perempuan atau lelaki. Maksudku disini, sekiranya perhubungan kita dengan seorang lelaki atau perempuan tak kesampaian, kita tak perlu risau kerana kita boleh terpikat lagi kepada lelaki atau perempuan yang lain pula. Jadi, sekiranya hubungan cinta kita terputus di tengah jalan tak perlulah nak pening-peningkan kepala memikirkan cinta yang dah pergi itu, carilah aje pasangan yang lain.

HUKUM BELI EMAS ETA


PENDAPAT-PENDAPAT BERKENAAN HUKUM BELI ETA

1. Eta dpt emas.. Loaded7 ko jual emas tu dengan persetujuan bayaran secara ansuran dgn formula tertentu kedua2 belah pihak.

2. Fiat xbersandarkan dgn emas.. kalau usd maybe.

3. psl item ribawi bila emas dgn emas, tp lain halnya kalau dgn wang kertas ada khilaf...n psl insentif tetap tu...kita jual beli, bukan plaburan...mcm kes byr ansuran...sy nk terangkn apa yg kita fhm je...psl video izudin tu...kalau lock brg xde...itu akn pluang mudarat kpd pmbli...sebb tu tok kata, kena ada stok...xde stok itu money game

4. ini pndpt sy.. maaf klu slh.. klu slah betol kn diri sy.. ETA boleh.. dlm islam (jual beli assalam/ jualbeli istisna')

5. sejak richard nixon tak mengikat duit dengan emas, maka duit bukan lagi dinilai bersandarkan emas. Hanya fiat semata2. Hanya sah diperlakukan oleh kerana diberi nilai oleh bank negara masing2


Bai’ Al-Salam – Konsep Akad Dalam Muamalah Islam
Ada banyak konsep perniagaan dalam Islam dan salah satunya adalah BAI’ AL-SALAM. Penerangan ringkas mengenai konsep akad Bai’ Al-Salam :

Bai’ al-salam (بيع السلم) ialah jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai, seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran bentuk, spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya dibuat secara tunai, manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan.

Ulama empat Mazhab telah sepakat bahawa Bai’ al-Salam ini sah dengan enam syarat, iaitu :

1- Hendaklah ia diketahui jenisnya.

2- Hendaklah diketahui sifatnya.

3- Hendaklah diketahui jumlahnya.

4- Tempoh penyerahan ditentukan.

5- Mengetahui kadar nilai harganya.

6- Hendaklah tempat penyerahannya dimaklumi jika membawa barang tempahan ke sana memerlukan perbelanjaan.
HUKUM JUAL BELI ISTISNA’

Hukum jual beli Istisna’ menurut ulama yang membenarkan transaksi ini dengan berpendapat bahawa Istisna’ disyariatkan berdasarkan sunnah Nabi bahawa baginda pernah meminta dibuatkan cincin sebagaimana yang disebutkan dalam an-Nihayah fi Gharib-Hadits sebagaimana yang disebutkan yang bermaksud:
Rasulullah meminta dibuatkan cincin daripada emas
Menurut pendapat sebahagian ulama bahawa Istisna’tidak sah kerana menjual sesuatu yang belum wujud bukan melalui dengan cara jual beli salam.Dalam kitab al-Inshaf disebutkan bahawa al-Qadhi dan ulama yang sealiran dengannya menyatakan bahawa jual beli Istisna’ sesuatu barangan tidak sah kerana menjual sesuatu barang yang tidak ada selain cara jual beli salam.


 
di petik dari DEPB

Senarai Wakalah DEPB : PERAK PAHANG KELANTAN JOHOR KEDAH MELAKA NEGERI SEMBILAN

Senarai Wakalah DEPB 

PERAK 
PAHANG 
KELANTAN 
JOHOR 
KEDAH 
MELAKA 
NEGERI SEMBILAN


Wednesday, August 13, 2014

Kilang Getah : Lawak Jenaka

Cerita org potong getah

Seorang doktor gigi dan seorang pesakit wanita tua, yang kelihatan agak gelisah.
Untuk meredakan kegelisahannya, dr tersebut buat lawak.
“Makcik tau camner dia orang buat sarung tangan ni?, tanya doktor tersebut sambil menyarungkan sarung tangannya.
” Tak tau..” kata makcik tu.
Sambil melawak, doktor tu berkata,”Dia orang buat sarung tangan ni di China, asal satu tangki latex yang besar lepas tu pekerja-pekerjanya datang celup tangan dia orang. Bila dah kering, dia orang tanggalkan, jadilah sarung tangan ini.
Makcik tu tak senyum pun.
” Tak pe lawak tak jadi nih kot”,kata doktor tu.
Sedang dia memeriksa gigi makcik tersebut tiba-tiba makcik tu gelak sekuat hati,
“Ape yg kelakar, makcik”,tanya dr tu.
” Tak de….makcik terbayang camne depa buat kondom”, kata makcik tu.

Lawak Negro : Lawak Jenaka

KISAH 1001 MALAM.

Seorang lelaki Negro yg sedang kehausan telah terjumpa teko ajaib. Kemudian keluar lah jin dari teko tersebut dan menyuruh lelaki Negro tersebut membuat tiga permintaan.

Negro tersebut kemudian membuat permintaan lebih kurang berbunyi,

"Pertama, aku mahu jadi putih. Kedua aku mahu sentiasa kena air supaya sejuk dan tak dahaga. Dan yang Ketiga aku mahu tengok pungung wanita tanpa mereka sedari"

Permintaan lelaki Negro tersebut dikabulkan, lalu dia pun bertukar menjadi.......



...Mangkuk tandas 🚽...

p/s : Jangan minta sembarangan. Bersyukur dengan apa yg ada.

Nang Nok Sinopsis : Astro Ria : Cerita Seram

Mengisahkan nabil (ali) Berkahwin dengan Nang. Nang merupanya Hantu yg wujud 1000 tahun dahulu.. Keluarga nang memiliki ilmu hitam yang paling power. Hantu nang akan pindah dr jasad tua ke jasad muda untuk hantu nang kekal hidup selamanya.

Untuk kali ini nang ingin mengambil tubuh ila untuk misi hantu nang kekal hidup selamanya.

Popular Posts