Loghat Kedah/Utara SPM Kertas Julai 1981 Bahagian I.
Anda diberi 30 minit untuk menjawab soalan-solan berikut.
Sila jawab semua soalan. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk soalan-soalan di bawah.
Markah lulus adalah 60 peratus.
1. Tulong dengag habih-habih na……toksah dok tebiang satni hang muleh kot
Ayat di atas kedengaran dalam satu perbualan Antara dua sahabat. Dalam kontek ini ayat tersebut merupakan
A) Nasihat
B) Amaran
C) Gurauan
D) Pujukan
2. Awat la yang hangpa dok tahana kat menatang depa bukan gheti apa……
“Tahana” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan perkataan
A) Membelai
B) Mendera
C) Memberi makan
D) Memandikan
3. Susunkan perkataan-perkataan di bawah mengikut turutan yang paling dekat hingga paling jauh
I Tengalong
II Balin
III Punggai
IV Hawin
V Tauk
A) III, I, II, V, IV
B) V, III, IV, II, I
C) III, II, IV, I, V
D) V, IV, II, I, III
4. “Mangkaq, Menghelorp, Kelolo, Loklaq”
Perkataan manakah yang tak sepatutnya berada dalam kumpulan di atas
A) Mangkaq
B) Menghelop
C) Kelolo
D) Loklaq
5. Perbuatan-perbuatan di bawah adalah reaksi manusia semasa ditimpa musibah
I Kelupoq
II Teghiak
III Meghaung
IV Keghyau
Susunkan mengikut turutan dari kurang ke paling serius
A) I, II, III, IV
B) II, I, IV, III
C) II, IV, III, I
D) II, III, I, IV
6. Awang Bokceh terghjun keleborg habih selut belutin
Ayat di atas menceritakan perihal Awang Bokceh yang bermain
A) Payung terjun
B) Guli dalam tin
C) Dalam Lumpur
D) Dalam sungai
7. Menaboq, meghedih, menanam, menyulam, mengerat, memukoi, mengughoi
Perakataan-perkataan di atas adalah proses
A) Pemiliharaan lintah dari benih kecil hingga dewasa
B) Semaian padi hingga menuai
C) Semaian getah hingga menoreh
D) Penanaman kopi hingga bancuhan kopi
8. Pak Arq la ni sesak tak sangga sekepiang ghabit pun haram aih
“Sekepiang ghabit” dalam ayat di atas merujuk kepada
A) Binatang
B) Perbuatan
C) Duit
D) Riba
9. “Ghumbu, Ghempang dan Isein” adalah ukuran untuk
A) Kekuatan
B) Keseronokan
C) Kegilaan
D) Kesedapan
10. “Daih, Pelekorh, Highik, Ghenyak” adalah perbuatan untuk
A) Membuat kenduri
B) Membaca buku
C) Mengalahkan lawan
D) Menghidupkan api
11. Mokalo hat pri depa celapak meneghu
“Celapak meneghu” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan
A) Timpa kelam
B) Gelak Wakwit-wakwit
C) Pulun habih ghiang
D) Singkei gigi
12. “Kebah” ataupun “Melanuih” adalah perkataan-perktaan yang merujuk kepada
A) Tahap kegemukan seseorang
B) Tahap kesihatan seseorang
C) Tahap keseronokan bermain
D) Tahap kepayahan soalan peperiksaan
13. Hang kena ……..… , pi la sua …………..baghu depa uloq mai
Perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat di atas adalah
A) ranggi, bangkong
B) jadi ponen, ketorg
C) hemoi, domoi
D) baloq, cenonot
14. “Daje, pelaq, pulaih hawaq” adalah perkataan-perkataan yang digunakan sebagai
A) Pujukan
B) Pujian
C) Makian
D) Jampian
15. “Tobat dan panah lintaq” adalah perkataan-perkataan yang sering digunakan semasa
A) Bersumpah
B) Bermain hujan
C) Bermain wau
D) Bersenam
16. “Teghebei, Cakplong, Jengkek dan Toi” adalah jenis-jenis
A) Makanan pembasuh mulut
B) Senjata orang dewasa
C) Pakaian tarian makyong
D) Permainan kanak-kanak
No comments:
Post a Comment