Tuesday, December 31, 2013

Booking Tiket Air Asia : Tip Jakarta Bandung 2014


Alhamdulillah setelah sekian lama berbincang akhir nya kata sepakat dapat di capai.perbicangan demi perbincangan mengenai tip bandung 2014 telah mencapai kata sepakat..trip kali ne melibatkan 3 keluarga sahaja :-)


Dan hari ini kami menetapkan tiba masanya untuk booking tiket kapal terbang.. misi kali ini mencari harga tiket yang murah ( menjimatkan kos dari pelbagai sudut ) hik2..walaubagaimana pun di sebabkan harga kos tiket kapal terbang turun ke bandung agak tinggi kami mengambil keputusan untuk turun di jakarta. ( smart tak ) secara tak langsung boleh bercuti di Jakarta dan Bandung sekali gus..wakakaka..



airasia tunggu kami tunggang..keh2....

Saturday, December 28, 2013

Permohonan BR1M 2014 Dibuka Bermula 23hb Disember Hingga 31hb Januari 2014


Mohon dan kemaskini BR1M di laman web di bawah:
KUALA LUMPUR: Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini Selasa.
Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

sumber sahih

Biodata Ali Jemaah, Watak Kecil Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!

Biodata Ali Jemaah, Watak Kecil Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!


Ali Jemaah. Ramai yang mungkin kenal beliau melalui filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang. Beliau pernah menjadi seorang DJ radio di KLFM dan dikenali dengan DJ Irwan Syah sebelum berhenti pada tahun 2007 dan membawa haluan hidupnya ke jalan yang lebih diredhai Allah. Nama sebenarnya beliau, Irwan Shahrir Dato' Hj SM Sharifuddin. - sumber Oh Media

Wednesday, December 25, 2013

Servis Like Facebook : Sejuta Like Facebook

Sehingga kini anda masih BINGGUNG menaikkan LIKE pada fanpage???
Anda tidak perlu RISAU, RELEX-RELEX saja…
Kepakaran saya adl membantu usahawan menaikkan LIKE pada fanpage dengan kos yang sangat rendah.
Antara pelangan2 kami:
#1. https://www.facebook.com/kedaijutawanmuslim ( 5k )
#2. https://www.facebook.com/tshirtkosongkualiti ( 20k )
#3. https://www.facebook.com/zarraofficial ( 20k )
#4. https://www.facebook.com/proridesuspension ( 10 k )
#5. https://www.facebook.com/livyounglifestyle ( 3k )
#6. https://www.facebook.com/GelTahanLama ( 4k )
#7. https://www.facebook.com/jomjimatpetrol ( 3k )
Kedai Jutawan Muslim
Untuk hari sahaja kami OFFER harga terbaik kepada 10 org yang terawal.
berminat sila PM untuk mendapatkan harga TERBAIK.
------------------------------------------------------------------
Assalamulalaikum,
Moga tuan/puan/en/cik terus dilimpahi rezeki.
Terima kasih kerana berminat dengan services kami.
Sebelum tuan/puan/en/cik menggunakan services kami,
sejujurnya kita terlebih dahulu perlu FAHAM
tujuan menaikkan LIKE dan
jelas apa itu VIRAL FB MARKETING?
Kenapa Perlu Like?
1. Social Credibility.
2. Viral.
3. Lebih ke depan berbanding persaing.
Jika tuan/puan/en/cik masih tidak jelas
atau masih kurang faham, maka bolehlah
mengajukan soalan kepada kami.
Ini kerana PENJELASAN/ PEMAHAMAN ini akan membuatkan
perlaburan service LIKE sangat berbaloi dan menguntungkan
kepada BUSINESS kita.
walaubagaimanapun, service ini sangat competitive
jika dibandingkan dengan harga FBAds.
Ini kerana, purata kos untuk service LIKE
serendah 7.9 sen/LIKE.
Kini dibuka service BOOOST like FB pages .:
1- Bronze (1,000 LIKE) = RM99  (1 like = 9.9sen)
2- Silver (5,000 LIKE) = RM445 (1 like = 8.9sen)
3- Gold (10,000 LIKE) = RM790  (1 like = 7.9sen)
*sasaran kepada pengguna FB di Malaysia
*Masa 3-7 hari bekerja
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
*LIKE kami datang daripada Real FB account
Pesanan daripada kami, selepas memiliki LIKE
yang banyak, adalah menjadi kewajipan kita
untuk membuat POSTING pada page secara
berterusan dan consistent.
Ayat Call To Action (CTA) sangat memainkan
perana pada masa ini. Waktu untuk membuat
POST baru juga memainkan peranan kepada CTA.
Setakat ini, kami mengucapkan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga
kerana berminat dengan service kami.
Bagi membuat pembayaran, boleh hubungi kami.
Moga kita terus kaya dan bjaya.
salam.
------------------------------------------------------
Cara membuat tempahan:
1. Buat payment ke Maybank xxxxxxxxxxxx (xxxxxxxxxxx)
2. copy paste bukti pembayaran di sini.
3. copy link fanpage (di sini)
4. no hp utk dihubungi (kecemasan shj)
5. faiz1037@yahoo.com (email detail)
** servise akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bkerja (bergantung kepada turutan order)
** pihak kami akan hubungi dlm masa terdekat.
tq

Friday, December 6, 2013

Hasilkan Wang Tunai Dengan Cepat ($50, $100, $197…) : Tips Online : Sifu Munawwar

Hasilkan Wang Tunai Dengan Cepat ($50, $100, $197…)

Alasan utama saya menulis post ini adalah kerana saya ingin menjawab banyak pertanyaan tentang bagaimana boleh mendapatkan cash dengan cepat secara online.
Jadi saya ambil kesempatan ini untuk kongsikan kepada semua.
Sebenarnya susah saya nak menjawab soalan ini, tapi kalau anda benar-benar ada kesungguhan saya boleh tunjukkan caranya.
Nak buat $100, $197, $50 terpulang kepada anda dan boleh buat atau hasilkannya berkali-kali. Okay?
Semuanya ada di internet cuma anda perlu kreatif.
Kalau dah sedia, sila ikut langkah yang saya tunjukkan hingga habis.
Atau anda boleh tutup blog post ini.
Konsepnya begini… dua perkara sahaja. (besedia dengan pen dan kertas nota anda)
[1] Dapatkan small job
[2] Dapatkan servis provider
Anda dapatkan 2 perkara diatas, anda hasilkan tunai ke akaun bank anda.

Langkah #1: Dapatkan job di Craiglist.org

Craiglist merupakan laman web yang popular untuk orang mendapatkan servis. Permintaan yang tidak pernah putus-putus untuk pelbagai jobs. Ikut langkah yang saya tunjukan dibawah.
- Pergi ke http://www.craigslist.org/about/sites
- Pilih mana-mana state di USA, contohnya "New York City"


Disini anda perlu mencari simple job yang anda boleh buat dalam masa singkat dan tunaikan cepat. Contoh simple job ialah:
  • Design Logo
  • Design Business Card
  • Design Banner
  • Pasang WordPress
  • Facebook
  • Youtube Video
  • dan banyak lagi…
Tapi ingat, bukan anda yang akan melakukannya kerja-kerja ini semua tetapi orang lain.
Baca post saya ini hingga habis dan anda akan mula faham.
- Masukkan "logo" dibahagian  "search craiglist"
- Pilih "gigs" dan buat search
- Dibahagian search result ada 3 pilihan iaitu "pay", "no-pay", "all". Anda pilih "pay" dan buat search sekali lagi.
craiglist-pay
Disini anda akan dapat senarai job yang diperlukan oleh mereka yang ingin mendapatkan servis untuk logo mereka. Cari mana-mana job yang sesuai dan pastikan job tersebut mempunyai harga minima USD $30.
Anda boleh charge harga logo sebanyak USD $100 tidak jadi masalah, ianya bergantung kepada anda. Tapi harga minima mestilah $30. Saya akan beritahu kenapa sebentar lagi iaitu pada langkah seterusnya.
Tips Penting
1. Bina Email Gmail
Sebelum anda reply jobs yang telah anda pilih, pastikan anda buat email khusus untuk job ini. Contohnya kalau anda ingin buat jobs berkaitan grafik – Logo Design, Grafik Design, Facebook Cover Time Line, Banner Design dan sebagainya.
Anda create email gmail dengan nama yang berkaitan dengan job anda contohnya:TopGraphicDesign@gmail.com
Prospek akan lebih yakin untuk mendapatkan servis dari anda.
2. Minta Maklumat Lanjut
Emailkan kepada mereka dengan cara profesional untuk dapatkan maklumat lanjut seperti
- Tempoh projek ( 2 ~ 3 hari?)
- Spesifik design, size, format dan sebagainya.
3. Sertakan sample kerja (profile) yang telah anda lakukan.
Seterusnya…

Langkah #2: Dapatkan Servis Dari Fiverr.com

Laman web Fiverr.com adalah laman web yang menyediakan servis untuk apa-apa sahaja gigs dengan harga murah USD $5. Design logo, header design, pasang wordpress, fix masalah website, banner design, buat video semuanya dengan harga $5.
Jadi sekiranya anda dapatkan job di Craiglist dengan harga minima $30 dan anda dapatkan servis di Fiverr untuk buat job tersebut dengan harga $5 maka anda dapat TUNAI USD $25 tanpa anda melakukan kerja tersebut.
Anda hanya menjadi middle man.
Anda boleh charge di Craiglist dengan harga USD $50, $100, $197 bergantung kepada jenis jobs. Untuk Banner anda boleh charge $100 kalau design memang sangat menarik.
Baik sekarang ini langkah seterusnya…
- Pergi ke http://www.Fiverr.com dan register
- Seleps Login ke Fiverr.com, buat search servis yang diperlukan contohnya "logo Design". Saya cadangkan anda pilih "high rating" kerana kita mahukan sevis provider yang bagus.

Ada beberapa kriteria penting yang perlu anda berikan perhatian sebelum anda mengambil servis dari mereka, Antaranya:
  • Order Queue Mesti bawah dari 50 queues
  • Delivery tine mesti bawah 4 hari
  • Gig Rating lebih dari 95%  

Kriteria lain yang perlu anda lihat ialah:
  • Positif Feedback
  • Negatif Feedback
  • Collected Gigs
Setelah anda memilih service provider anda dan buat order, pastikan anda berikan semua maklumat yang diberikan oleh client anda kepada servis provider ini supaya semua kerja dapat dijalankan dengan sempurna. Setelah job siap, hantarkan logo design tersebut ke client anda.
Customer anda happy, service provider happy dan anda juga happy :-)
Jadi sekarang ini apa yang anda tunggu?. Terus buat dan dapatkan cash secepat mungkin.

Tuesday, December 3, 2013

Trip Bandung Tahun 2014 Permulaan Perbincangan

Alhamdullilah trip ke 3 perancangan kami . Trip Pertama Gold Coast Morib Selangor , Trip Kedua Percutian ke Hatyai - Songkhla dan Trip ke 3 percutian ke bandung indonesia


Group what apps ini di tubuh kan semasa percutian kami ke hatyai bagi memudahkan segala perbincangan memandangkan ahli2 group sibuk mencari sesuap nasi..hihi..

percutian ke bandung terhasil dari pembatalan percutian ke krabi thailand di sebabkan ancaman bom di thailand :-( sedih ahhh rindukan tomyam putih thai.


Friday, November 22, 2013

Garmin Edge 510 Bike Computer for Performance and Navigation Unboxing


hari ne aku nk bercerita sedikit pasal benda ne.. Garmin Edge 510 Bike Computer for Performance. aku pun tak tau sebenarnya kewujudan benda ne.. Di sebabkan aku selalu beli barang online ada la seorg member ne soh aku try servey harga benda ne.. mak aiii punya terkejut aku .. RM 1+++ tu... benda halus ne ja.. Patut la org2 kata peminat kayuh ne adalah merupakan utk org3 kaya..hihi..leh di katakan sukan orang kaya jugak kot noh..hihihi...( tp atas pendapat masing2)

aku tolong memba aku beli di tempat biasa aku selalu beli.. iaitu lelong.com.my. apa yg bestnya..aku bank in duit dalam kul 4 lebih kalau tak silap.. keesokkan harinya sampai.. terbaekkk ahh servis kedai online ne..

ok di sebabkan barang mahal sepatutnya hasil produk mestilah perfect tiada cacat cela langsung.. dan hasilnya mmg ahh aku teruja sikit.. tersgt2 puas hati.. puas aku belek2 perhh terbaek ahh..(walaupun bukan reti guna pun ) hihi.. 

ne aku ada buat sikit video2 bersama owner sebenar Garmin Edge 510 Bike Computer for Performance

Selamat Menonton :-)


Thursday, November 7, 2013

Ionizer Air Purifier : Lacasa Biru


ionizer air purifier


An air ionizer is a useful item to have in the house. Ionizer air purifiers remove allergens and dust particles from the air, as well as act as an air freshener,


Monday, November 4, 2013

Unique Fish : Aquarium Songkhla : Trip Hatyai Songkhla Thailand 2013


Unique Fish ini salah 1 video yang aku buat. ada byk lagi kalau nk tgk boleh la p ke channel youtube aku :-).. 


http://www.youtube.com/v/g6d-i3k6hw8?autohide=1&version=3&attribution_tag=ydgygRtGwPw5NV1P7ngp4A&showinfo=1&autohide=1&autoplay=1&feature=share

Sunday, November 3, 2013

Saturday, November 2, 2013

Nora Plaza : Trip Hatyai Hari Ke 2 Part 5 : Trip Hatyai Songkhla Thailand 2013

membeli belah di nora plaza..urus niaga menggunakan ringgit malaysia dan thai bath

sesampai saja di situ diorang kasi la kad potongan 20% tetapi bagiku harga di situ agak mahal

akibat kekeliruan nilai bath terbelanja di situ sekitar 1300 bath..aduh rasa tak berbaloi plak

Aquarium Songkhla : Trip Hatyai Hari Ke 2 Part 4 : Trip Hatyai Songkhla Thailand 2013

Aquarium Songkhla
2 orang dewasa berharga 300 bath setiap seorang anak2 free sahaja

Songkhla Aquarium


Pamandangan depannya agak menarik jom kita tgk dalam dalam part eerr lupa lak..pandai2 la cari noh..huhu

Samila Beach Songkhla‎ : Trip Hatyai Hari Ke 2 Part 3 : Trip Hatyai Songkhla Thailand 2013

Samila Beach Songkhla Thailand‎ - Selepas rabat gajah terus ke songkhla..time tu dah tengah hari, singgah makan di sekitar samila beach. ini antara kedai muslim sekitar pantai di situ.


Singgah lunch di restoran muslim kos makan lunch 2200 bath 4 family 14 orang makan



Pang Chang Puak Elephant Camp : Trip Hatyai Hari Ke Dua Part 2 : Trip Hatyai Songkhla Thailand 2013

Trip Hatyai Thailand 2013 - hari ke 2 kami 1st destinasi adalah naik gajah

dewasa 500 bath kanak2 300 bath   

Pang Chang Puak Elephant Camp


Layan pengunjung kasi makan gajah sambil myfamily tunggu turn rabat belakang gajah

Trip Hatyai Songkhla : Makan Di Chekker


Tersesat di bandar Hatyai singgah makan dulu la jawabnya sambil tanyakan jalan menuju ke hotel 


Tomyam Puteh oh Tomyah Putih kos lunch ne 500 bath :-( nasi, tomyam puteh, kailan ikan masin dan air .


Trip Hatyai Songkhla : Gambar Sekitar Perjalanan : Percutian 2013






 BESARNYA
 BESARKAN KAN

GAMBAR SEKITAR PERJALANAN MENUJU KE HATYAI 
BAWAK RELAZ2 JA 4 BIJIK KERETA ENJOY

Tips Hatyai Thailand : Immigration Complex Bukit Kayu Hitam : Percutian 2013

Alhamdullillah sampai ke Immigration Complex Bukit Kayu Hitam

aku menggunakan border family untuk masuk ke thailand di sebabkan kos yang murah RM 10 je..hihi SEAP mana yang boleh sebab kos sara hidup malaysia sekarang tinggi ooo.
sampai di pintu sempadan malaysia alhamdulillah sempoi.sebab kita duk dalam kereta p cop border atau passport.
bila sampai di immigration thailand prosudernya agak susah sikit sebab kita wajib parking dulu kereta :-( 

tips yang ingin di kongsikan di sini :-)
Parking Kereta di kawasan parking :-)
bawa border p chop di kuanter yang di sediakan jgn lupa selit duit RM 1 - nanti di tak tgk dah ahli2 yang di dalam border tu. kalau tak kasi rm 1 dia nk tgk semua :-)
selepas tu beratur panjang untuk mengesahkan kenderaan anda PASTIKAN OWNER YG BERATUR SEBAB NAK SAIN DARI OWNER KERETA SENDIRI :-) BAYAQ GAK RM 1 MEMUDAHKAN KERJA SERTA KASI DIORG SENYUM SIKIT. KALAU TAK MASAM JE..HIHI - MAKLUMLAH RAMAI KOT- SERABUT


Trip Hatyai Thailand : Percutian 2013 : Buat Insurance Kereta Dan Kad Puteh

 Singgah di Changloon untuk membeli insuran bagi yang pakai border. Caj insuran yang di kenakan RM 15 untuk 9 hari berada di thailand.
Dan bagi yang ingin memasuki thai dengan menggunakan passport kena tambah kad Puteh :) caj kad puteh tu Seorang individu RM1 sahaja.
Anak member yang spotting nama panggilan anak dan bapak sama :-) senang nak ingat 

Trip Hatyai ThaiLand : Percutian 2013 : Tukar Duit RM Bath

 alhamdulillah rezeki ALLAH dapat mengeluarkan modal sebanyak RM 2000 untuk di bawa bercuti ke Thailand
RM 2000 ne anggaran ku..dan di harap akan ada duit lebih untuk di bawa pulang ke Malaysia

Tukar RM1000 dahulu di changloo Kedah :-) RM 1000 dapat 970 Bath je :-( 

Tips Thailand Hatyai : Plug Adapter Thailand

Thailand Electrical Plug Adapter

ini merupakan kepala plug - plug adapter- yang kita gunakan di thai. tak sama macam malaysia :-(
kalau tak dak benda ne susah la kita nak caj segala macam gadget, tp aku hari 1st di hatyai  guna usb di LED tv hotel tu je tuk caj hp dan power bank..keh2 kiranya on tv 24jam..padan muka tv tu..
Ke esokkan harinya baru pergi cara kepala plug ini harga boleh tahan jugak la 150 bath 

Friday, November 1, 2013

Tips Percutian Hatyai - Songkhla

1. Geran atau salinan geran kenderaan yang telah dicop sah oleh pihak bank (jika masih mempunyai hutang di bank) atau cop dari balai polis berhampiran.Jika kenderaan tersebut pemiliknya tidak ikut serta, satu surat kebenaran perlu dibuat dan ditandatangani oleh pemilik tersebut. (fotostat geran kenderaan 4 atau 5 keping kot2 polis Thai mintak utk simpanan pihak depa).

2. Buat Border Pass utk yang yg dilahirkan di negeri yg bersempadan dgan Thailand, ataupun Passport bg warga negeri lain.

3. Ambik Insuran Thailand yg boleh dibuat di kedai2 insuran di Padang Besaq, Changlun ataupun Bukit Kayu Hitam. Kalau ambik utk 9 hari bayaran yg dikenakan hanya RM 18.00. Isi White Card bg pemegang Passport di kedai tersebut.Untuk makluman insuran tersebut hanya cover utk manusia saja jika tercedera akibat kemalangan dan jikalau hanya melibatkan kenderaan itu kita kna setel sendiri. Untuk peringatan sediakan cash money dlm simpanan jika terjadi kemalangan kerana dari pengalaman dan maklumat dri org perseorangan yg pernah alami kemalangan di sana, jika kita salah ka ataupun depa yg salah kita yg kna bayaq kat depa (tapi tak semua la, ikut budi bicara org tersebut). Kalau nak lebih selamat tambah RM 45.00 untuk insuran yg kaver keseluruhan jika terjadi kemalangan. Jangan risau jika kita berhati2 InsyaAllah semua akan selamat. (jgan lupa doa naik kenderaan). Setelah selesai pembayaran anda akan diserahkan insuran Thailand seperti di bawah yg mana sticker biru tu perlu dilekatkan di cermin kenderaan dan insuran tu perlu disertakan sekali dengan geran/salinan geran beserta Border pass/ Passport semasa membuat pengisytiharan membawa masuk kenderaan kita ke Thailand di kaunter Car Declaration di sebelah Imegresen Thailand ( pemilik harus uruskan sendiri kerana perlu tandatangan di borang & buku depa). Begitu juga jika ingin keluar kita mesti sign balik di buku tersebut utk mengesahkan bahawa kenderaan kita  sudah keluar dari Thailand, kegagalan anda berbuat demikian akan memberi masalah di kemudian hari jika ingin masuk semula dgan kenderaan tersebut, anda akan didenda Rm 200.00.

4. Jangan lupa bawak Emergency Kit atau Ubat-ubatan tambahan jika kita membawa anak2 kecil sebab kos rawatan di Klinik Swasta sana berbeza dengan negara kita. Persediaan awal adalah lebih baik.

5. Harus diingat waktu di Thailand adalah lewat sejam berbanding waktu di Malaysia sebagai contoh jika waktu di Malaysia pukoi 2.00 pm di Thailand baru pukoi 1.00 pm. Ini penting untuk kita set masa dalam membuat tempahan masuk hotel kerana waktu mereka dan kita tak sama.

6. Jika anda membuat percutian bajet ataupun membawa anak2 kecil, bawa sekali bahan makanan seperti Maggi Cup, ayaq 3 in 1, roti, biskut dan lain-lain makanan yg senang dibawa jikalau timbul rasa lapaq di tengah malam.

7. Sebelum memasuki Thailand, isi dulu minyak kenderan full tank sebab kita sedia maklum harga minyak di Thailand adalah sekali ganda mahal dari negara kita. Dan jika anda terpaksa isi di Thailand anda kena faham maksud terma ayat bagi petrol di sana, di Thailand mereka akan tanya anda utk isi Benzine atau gasolin. Jadi kita kna maklum kat depa yg kita nak isi Benzine atau petrol bg terma kita dan gasolin ni lebih kurang mcm minyak gas la.

8. Jika kita menghadapi sebarang permasalahan di sana kita boleh menghubungi Konsulat Malaysia di Songkhla iaitu di http://www.kln.gov.my/web/tha_songkhla/home untuk sebarang pertanyaan.

9. Booking hotel awal untuk mengelakkan kita tercari2 hotel jika tempahan penuh terutamanya pada hujung minggu ataupun pada musim cuti persekolahan. Tempahan online juga boleh dibuat menggunakan www.agoda.com/ atau www.tripadvisor.com.my/  sebab perkhidmatan ni mudah dan menjimatkan masa. Jikalau anda ingin memilih hotel, tambahan membawa anak2 kecil atau pelancong backpacker, pilih la hotel yg berada di 'Heart Of Hatyai' seperti gambaq di bawah kerana kita boleh pergi ke tempat2 tumpuan pelancong dgan hanya berjalan kaki sahaja tanpa perlu pikiaq masalah parking.

10. Buat jadual lawatan ke tempat2 menarik sekitar Hatyai atau Songkhla supaya tak terkejar-kejar masa atau caca marba kat sana nanti sebabnya ada sesetengah tempat hanya dibuka pd waktu2 tertentu sahaja sebagai contoh di Pasar Terapung Khlong Hae, ia hanya dibuka mulai pukoi 3.00 ptg hingga 10.00 mlm pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi jadual perancangan awal dapat mengelakkan percutian kita menjadi bosan.

11. Jika kita ingin selalu berhubung dengan keluarga kita dia M'sia atau dalam negara Thai tanpa menggunakan khidmat Roaming yg kita ketahui agak mahal, kita boleh membeli Sim Kad Thailand dengan harga serendah Rm 5.00 sahaja.

12. Tukar matawang RM ke Bhat utk memudahkan urusan urusniaga di sana. Jika nak buat pertukaran di Hatyai juga boleh dan di sana di Kedai Perkhidmatan pelancongan atau kedai2 runcit mmg menyediakan perkhidmatan Money changer.Untuk makluman nilai Rm 10.00 kita bersamaan Bhat 100.00.

13. Sediakan duit kopi Rm 1.00 utk melicinkan urusan cop Border Pass / Passport di sebelah Imegresen Thailand.

14. Bawak GPS yang mempunyai map Thailand, sebab ia merupakan alatan yg paling berguna sekali apabila berada di sana jika kita belum mahir selok belok jalan dan lalulintas di Hatyai .

15. Jika ingin berkunjung ke Hatyai  pergilah pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kerana hari2 ni la banyak tempat dan pusat2 jualan atau pasar malam dibuka kerana pada hari2 lain keadaan kat sana sedikit lenggang.

16. Kita sedia maklum konflik berdarah yg sering  melanda kawasan Selatan Thailand, tapi jangan risau tahap keselamatan di Hatyai atau di Wilayah Songkhla amnya masih terkawal. Dan untuk keselamatan elakkan berada berhampiran dengan Anggota Keselamatan Thailand kerana mereka ini yg selalunya menjadi sasaran puak pemisah selatan Thai.


malas naik menaip ahhh kredit blog 

Diamond Hotel : Trip Hatyai Hari Ke Dua Part 2 : Trip Hatyai Thailand 2013

Jam 12 am waktu thai...Kira hari ke 2 dah la nohhh..jap je kan hari ke 2 dah..eerr macam tak cukup ja masa bercuti ne...mencuci mata di kawasan lee garden melihat makanan yang nampak mcm sedap.

ini merupakan pemandangan persekiran hotel diamond plaza
rate time ne 1-11-2013 1190 bath manakala untuk 2-11-2013 jatuh hari dewali 1450 bath

Floating Market : Trip Hatyai Hari Pertama Part 2 : Trip Hatyai Thailand 2013

NAIK TUT TUT KE FLOATING MARKET

kos pergi dah balik dari hotel ke floating market 60 bath di sebab kan kami mengambil 2 biji tut tut katanya discount 50 bath 1 tut tut 4 family jatuh 1 family 25bath

menikmati ayam goreng di floating market

Popular Posts