Friday, November 1, 2013

Tips Percutian Hatyai - Songkhla

1. Geran atau salinan geran kenderaan yang telah dicop sah oleh pihak bank (jika masih mempunyai hutang di bank) atau cop dari balai polis berhampiran.Jika kenderaan tersebut pemiliknya tidak ikut serta, satu surat kebenaran perlu dibuat dan ditandatangani oleh pemilik tersebut. (fotostat geran kenderaan 4 atau 5 keping kot2 polis Thai mintak utk simpanan pihak depa).

2. Buat Border Pass utk yang yg dilahirkan di negeri yg bersempadan dgan Thailand, ataupun Passport bg warga negeri lain.

3. Ambik Insuran Thailand yg boleh dibuat di kedai2 insuran di Padang Besaq, Changlun ataupun Bukit Kayu Hitam. Kalau ambik utk 9 hari bayaran yg dikenakan hanya RM 18.00. Isi White Card bg pemegang Passport di kedai tersebut.Untuk makluman insuran tersebut hanya cover utk manusia saja jika tercedera akibat kemalangan dan jikalau hanya melibatkan kenderaan itu kita kna setel sendiri. Untuk peringatan sediakan cash money dlm simpanan jika terjadi kemalangan kerana dari pengalaman dan maklumat dri org perseorangan yg pernah alami kemalangan di sana, jika kita salah ka ataupun depa yg salah kita yg kna bayaq kat depa (tapi tak semua la, ikut budi bicara org tersebut). Kalau nak lebih selamat tambah RM 45.00 untuk insuran yg kaver keseluruhan jika terjadi kemalangan. Jangan risau jika kita berhati2 InsyaAllah semua akan selamat. (jgan lupa doa naik kenderaan). Setelah selesai pembayaran anda akan diserahkan insuran Thailand seperti di bawah yg mana sticker biru tu perlu dilekatkan di cermin kenderaan dan insuran tu perlu disertakan sekali dengan geran/salinan geran beserta Border pass/ Passport semasa membuat pengisytiharan membawa masuk kenderaan kita ke Thailand di kaunter Car Declaration di sebelah Imegresen Thailand ( pemilik harus uruskan sendiri kerana perlu tandatangan di borang & buku depa). Begitu juga jika ingin keluar kita mesti sign balik di buku tersebut utk mengesahkan bahawa kenderaan kita  sudah keluar dari Thailand, kegagalan anda berbuat demikian akan memberi masalah di kemudian hari jika ingin masuk semula dgan kenderaan tersebut, anda akan didenda Rm 200.00.

4. Jangan lupa bawak Emergency Kit atau Ubat-ubatan tambahan jika kita membawa anak2 kecil sebab kos rawatan di Klinik Swasta sana berbeza dengan negara kita. Persediaan awal adalah lebih baik.

5. Harus diingat waktu di Thailand adalah lewat sejam berbanding waktu di Malaysia sebagai contoh jika waktu di Malaysia pukoi 2.00 pm di Thailand baru pukoi 1.00 pm. Ini penting untuk kita set masa dalam membuat tempahan masuk hotel kerana waktu mereka dan kita tak sama.

6. Jika anda membuat percutian bajet ataupun membawa anak2 kecil, bawa sekali bahan makanan seperti Maggi Cup, ayaq 3 in 1, roti, biskut dan lain-lain makanan yg senang dibawa jikalau timbul rasa lapaq di tengah malam.

7. Sebelum memasuki Thailand, isi dulu minyak kenderan full tank sebab kita sedia maklum harga minyak di Thailand adalah sekali ganda mahal dari negara kita. Dan jika anda terpaksa isi di Thailand anda kena faham maksud terma ayat bagi petrol di sana, di Thailand mereka akan tanya anda utk isi Benzine atau gasolin. Jadi kita kna maklum kat depa yg kita nak isi Benzine atau petrol bg terma kita dan gasolin ni lebih kurang mcm minyak gas la.

8. Jika kita menghadapi sebarang permasalahan di sana kita boleh menghubungi Konsulat Malaysia di Songkhla iaitu di http://www.kln.gov.my/web/tha_songkhla/home untuk sebarang pertanyaan.

9. Booking hotel awal untuk mengelakkan kita tercari2 hotel jika tempahan penuh terutamanya pada hujung minggu ataupun pada musim cuti persekolahan. Tempahan online juga boleh dibuat menggunakan www.agoda.com/ atau www.tripadvisor.com.my/  sebab perkhidmatan ni mudah dan menjimatkan masa. Jikalau anda ingin memilih hotel, tambahan membawa anak2 kecil atau pelancong backpacker, pilih la hotel yg berada di 'Heart Of Hatyai' seperti gambaq di bawah kerana kita boleh pergi ke tempat2 tumpuan pelancong dgan hanya berjalan kaki sahaja tanpa perlu pikiaq masalah parking.

10. Buat jadual lawatan ke tempat2 menarik sekitar Hatyai atau Songkhla supaya tak terkejar-kejar masa atau caca marba kat sana nanti sebabnya ada sesetengah tempat hanya dibuka pd waktu2 tertentu sahaja sebagai contoh di Pasar Terapung Khlong Hae, ia hanya dibuka mulai pukoi 3.00 ptg hingga 10.00 mlm pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi jadual perancangan awal dapat mengelakkan percutian kita menjadi bosan.

11. Jika kita ingin selalu berhubung dengan keluarga kita dia M'sia atau dalam negara Thai tanpa menggunakan khidmat Roaming yg kita ketahui agak mahal, kita boleh membeli Sim Kad Thailand dengan harga serendah Rm 5.00 sahaja.

12. Tukar matawang RM ke Bhat utk memudahkan urusan urusniaga di sana. Jika nak buat pertukaran di Hatyai juga boleh dan di sana di Kedai Perkhidmatan pelancongan atau kedai2 runcit mmg menyediakan perkhidmatan Money changer.Untuk makluman nilai Rm 10.00 kita bersamaan Bhat 100.00.

13. Sediakan duit kopi Rm 1.00 utk melicinkan urusan cop Border Pass / Passport di sebelah Imegresen Thailand.

14. Bawak GPS yang mempunyai map Thailand, sebab ia merupakan alatan yg paling berguna sekali apabila berada di sana jika kita belum mahir selok belok jalan dan lalulintas di Hatyai .

15. Jika ingin berkunjung ke Hatyai  pergilah pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kerana hari2 ni la banyak tempat dan pusat2 jualan atau pasar malam dibuka kerana pada hari2 lain keadaan kat sana sedikit lenggang.

16. Kita sedia maklum konflik berdarah yg sering  melanda kawasan Selatan Thailand, tapi jangan risau tahap keselamatan di Hatyai atau di Wilayah Songkhla amnya masih terkawal. Dan untuk keselamatan elakkan berada berhampiran dengan Anggota Keselamatan Thailand kerana mereka ini yg selalunya menjadi sasaran puak pemisah selatan Thai.


malas naik menaip ahhh kredit blog 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts