Mohon dan kemaskini BR1M di laman web di bawah:
KUALA LUMPUR: Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan
dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian
Kewangan dalam satu kenyataan di sini Selasa.
Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar
lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat,
maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau
secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma
mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat
khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan
Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui
laman web LHDN di www.hasil.gov.my
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014
dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta
individu bujang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline
1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga
Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan
RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala
untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan
tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.
Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau
i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M
bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima
sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
sumber sahih
No comments:
Post a Comment