ibu bapa biasanya akan membeli tabung pelbagai corak dan bentuk.
Dan menjadi trend pada masa kini untuk berkongsi cara menyimpan wang. Namun tidak semua yang dikongsi sesuai untuk semua orang. Malah ianya terpulang kepada kreativiti seseorang itu supaya matlamat menabung mereka tercapai.
Memetik laman World of Buzz, seorang netizen telah berkongsi di laman Facebook mengenai cara menabung yang lebih mudah dan efektik untuk mencuba.
Dia mencuba tips dari kawannya iaitu menyimpan RM20 setiap hari namun dia merasakan jumlah tersebut terlalu tinggi dan membebankan. Maka, dia memikirkan cara menabung yang lebih mudah.
Dia berkongsi caranya seperti berikut.
1. Simpan sekeping duit RM5 dan RM1 dalam botol ataupun tabung setiap hari.
2. Jika tiada duit RM5 dalam dompet perlu ganti duit RM1 sebanyak lima keping.
3. Jika tiada duit RM1 atau RM5 sekeping, maka perlu ganti dengan duit RM10.
5. Setiap kali gaji perlu masukkan RM50.
No comments:
Post a Comment