Kota Belanda terletak di Pulau Pangkor, kira-kira 100 meter dari pantai.
1670 Kota Belanda ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak.
- 1690 Rakyat tempatan yang tidak bersetuju dengan cara Belanda memperolehi bijih timah tersebut dan telah membinasakan Kota Belanda ini .
- 1749 Belanda telah membinanya semula dan menempatkan seramai 80 orang pengawalnya di sini
- Selepas tahun 1779 Kota Belanda tidak digunakan lagi kerana Belanda menumpukan kepada perdagangan rempah di Maluku, Indonesia. Belanda juga berhadapan dengan Perang Napoleon di Eropah .
- 1824 Belanda dan Inggeris secara tak rasmi membahagikan wilayah penguasaan masing-masing di Nusantara.
- 1973 Kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 dalam Seksyen No. 247 , Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 31 Mac 1970.
- 1997 Kerajaan negeri Perak telah memajukan lagi kawasan ini sebagai kawasan perlancongan negeri Perak. Beberapa rumah limas tradisional negeri Perak telah dibina di sini. Pelbagai gerai makanan pakaian dan cenderamata ada di sini.
Beberapa bahagian kota ini telah dibaki semula dan diperindahkan di persekitaran perkampungan nelayan Melayu.
Video Kota Belanda Pulau Pangkor
No comments:
Post a Comment