Friday, March 21, 2014

Honda City Serba Baru 2014 Malaysia Di Lancarkan



Gambar Honda city 2014 Malaysia

ini aku copy dari http://www.arenakereta.com/2014/02/21/2014-honda-city-boleh-ditempah-sekarang/
share is caring :-)

Honda Malaysia telah mempratonton model Honda City akan datang dalam perhimpunan bersama media semalam, menurut Paultan.
Model yang akan dilancarkan secara rasmi sekitar pertengahan Mac depan, akan membuat kemunculan sulungnya dalam empat varian – S, S +, E dan V. Banyak sungguh huruf yang tidak ketahui maknanya. Kita simpan data itu sehingga Mac ya. Enjinnya dipasang standard pada semua varian, iaitu enjin  1.5 liter i-VTEC, yang menawarkan 120 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm tork pada 4,600 rpm. Transmisi auto lima kelajuan di dalam model semasa digantikan dengan kotak gear CVT (seperti model untuk pasaran India dan Thai).
2014_Honda_City_Malaysia_-028-850x6142014_Honda_City_Malaysia_-031-850x626
Honda City baru ini akan menampilkan mod Econ, push start button, cruise control, penghawa dingin belakang, jeriji depan platinum, dan enam beg udara (depan dua, sisi dan langsir sisi). Selain daripada itu, terdapat mata ISOFIX , kemasukan pintar, kawalan audio di stereng, dan sistem audio lapan pembesar suara dengan paparan tujuh inci. Hmm…menarik!
2014_Honda_City_Malaysia_-021-850x5802014_Honda_City_Malaysia_-026-850x5172014_Honda_City_Malaysia_-010-850x588
Honda juga mengatakan bahawa terdapatnya Bantuan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Strability Assist) dan dipasangkan rim aloi 16-inci. Apa yang kita tahu ialah VSA hanya akan dilengkapi dalam model gred E dan V, dan pakej penuh dengan enam beg udara dan rim aloi 16-inchi hanya akan didapati pada gred V (tiga yang lain hanya akan dipasangkanrim  aloi 15-inci ).
Seperti biasa, harga tidak disebutkan semasa pratonton, tetapi kita mungkin bakal tahu dalam masa beberapa minggu lagi, jangan risau. Walau bagaimanapun, tempahan untuk kereta telah dibuka, dan boleh dibuat di semua dealer Honda seluruh negara, dan jika anda berminat untuk melihat dengan lebih dekat dan lebih awal daripada debut pasaran, sila lihat jadual dibawah untuk tarikh dan lokasi pratonton seterusnya.
2014-Honda-City-Malaysia-33-850x373
Apa tunggu lagi? Ajak satu keluarga lah.

2 comments:

Popular Posts