Friday, November 22, 2013

Garmin Edge 510 Bike Computer for Performance and Navigation Unboxing


hari ne aku nk bercerita sedikit pasal benda ne.. Garmin Edge 510 Bike Computer for Performance. aku pun tak tau sebenarnya kewujudan benda ne.. Di sebabkan aku selalu beli barang online ada la seorg member ne soh aku try servey harga benda ne.. mak aiii punya terkejut aku .. RM 1+++ tu... benda halus ne ja.. Patut la org2 kata peminat kayuh ne adalah merupakan utk org3 kaya..hihi..leh di katakan sukan orang kaya jugak kot noh..hihihi...( tp atas pendapat masing2)

aku tolong memba aku beli di tempat biasa aku selalu beli.. iaitu lelong.com.my. apa yg bestnya..aku bank in duit dalam kul 4 lebih kalau tak silap.. keesokkan harinya sampai.. terbaekkk ahh servis kedai online ne..

ok di sebabkan barang mahal sepatutnya hasil produk mestilah perfect tiada cacat cela langsung.. dan hasilnya mmg ahh aku teruja sikit.. tersgt2 puas hati.. puas aku belek2 perhh terbaek ahh..(walaupun bukan reti guna pun ) hihi.. 

ne aku ada buat sikit video2 bersama owner sebenar Garmin Edge 510 Bike Computer for Performance

Selamat Menonton :-)


Thursday, November 7, 2013

Ionizer Air Purifier : Lacasa Biru


ionizer air purifier


An air ionizer is a useful item to have in the house. Ionizer air purifiers remove allergens and dust particles from the air, as well as act as an air freshener,


Monday, November 4, 2013

Unique Fish : Aquarium Songkhla : Trip Hatyai Songkhla Thailand 2013


Unique Fish ini salah 1 video yang aku buat. ada byk lagi kalau nk tgk boleh la p ke channel youtube aku :-).. 


http://www.youtube.com/v/g6d-i3k6hw8?autohide=1&version=3&attribution_tag=ydgygRtGwPw5NV1P7ngp4A&showinfo=1&autohide=1&autoplay=1&feature=share

Sunday, November 3, 2013

Saturday, November 2, 2013

Nora Plaza : Trip Hatyai Hari Ke 2 Part 5 : Trip Hatyai Songkhla Thailand 2013

membeli belah di nora plaza..urus niaga menggunakan ringgit malaysia dan thai bath

sesampai saja di situ diorang kasi la kad potongan 20% tetapi bagiku harga di situ agak mahal

akibat kekeliruan nilai bath terbelanja di situ sekitar 1300 bath..aduh rasa tak berbaloi plak

Aquarium Songkhla : Trip Hatyai Hari Ke 2 Part 4 : Trip Hatyai Songkhla Thailand 2013

Aquarium Songkhla
2 orang dewasa berharga 300 bath setiap seorang anak2 free sahaja

Songkhla Aquarium


Pamandangan depannya agak menarik jom kita tgk dalam dalam part eerr lupa lak..pandai2 la cari noh..huhu

Samila Beach Songkhla‎ : Trip Hatyai Hari Ke 2 Part 3 : Trip Hatyai Songkhla Thailand 2013

Samila Beach Songkhla Thailand‎ - Selepas rabat gajah terus ke songkhla..time tu dah tengah hari, singgah makan di sekitar samila beach. ini antara kedai muslim sekitar pantai di situ.


Singgah lunch di restoran muslim kos makan lunch 2200 bath 4 family 14 orang makan



Pang Chang Puak Elephant Camp : Trip Hatyai Hari Ke Dua Part 2 : Trip Hatyai Songkhla Thailand 2013

Trip Hatyai Thailand 2013 - hari ke 2 kami 1st destinasi adalah naik gajah

dewasa 500 bath kanak2 300 bath   

Pang Chang Puak Elephant Camp


Layan pengunjung kasi makan gajah sambil myfamily tunggu turn rabat belakang gajah

Trip Hatyai Songkhla : Makan Di Chekker


Tersesat di bandar Hatyai singgah makan dulu la jawabnya sambil tanyakan jalan menuju ke hotel 


Tomyam Puteh oh Tomyah Putih kos lunch ne 500 bath :-( nasi, tomyam puteh, kailan ikan masin dan air .


Trip Hatyai Songkhla : Gambar Sekitar Perjalanan : Percutian 2013






 BESARNYA
 BESARKAN KAN

GAMBAR SEKITAR PERJALANAN MENUJU KE HATYAI 
BAWAK RELAZ2 JA 4 BIJIK KERETA ENJOY

Tips Hatyai Thailand : Immigration Complex Bukit Kayu Hitam : Percutian 2013

Alhamdullillah sampai ke Immigration Complex Bukit Kayu Hitam

aku menggunakan border family untuk masuk ke thailand di sebabkan kos yang murah RM 10 je..hihi SEAP mana yang boleh sebab kos sara hidup malaysia sekarang tinggi ooo.
sampai di pintu sempadan malaysia alhamdulillah sempoi.sebab kita duk dalam kereta p cop border atau passport.
bila sampai di immigration thailand prosudernya agak susah sikit sebab kita wajib parking dulu kereta :-( 

tips yang ingin di kongsikan di sini :-)
Parking Kereta di kawasan parking :-)
bawa border p chop di kuanter yang di sediakan jgn lupa selit duit RM 1 - nanti di tak tgk dah ahli2 yang di dalam border tu. kalau tak kasi rm 1 dia nk tgk semua :-)
selepas tu beratur panjang untuk mengesahkan kenderaan anda PASTIKAN OWNER YG BERATUR SEBAB NAK SAIN DARI OWNER KERETA SENDIRI :-) BAYAQ GAK RM 1 MEMUDAHKAN KERJA SERTA KASI DIORG SENYUM SIKIT. KALAU TAK MASAM JE..HIHI - MAKLUMLAH RAMAI KOT- SERABUT


Trip Hatyai Thailand : Percutian 2013 : Buat Insurance Kereta Dan Kad Puteh

 Singgah di Changloon untuk membeli insuran bagi yang pakai border. Caj insuran yang di kenakan RM 15 untuk 9 hari berada di thailand.
Dan bagi yang ingin memasuki thai dengan menggunakan passport kena tambah kad Puteh :) caj kad puteh tu Seorang individu RM1 sahaja.
Anak member yang spotting nama panggilan anak dan bapak sama :-) senang nak ingat 

Trip Hatyai ThaiLand : Percutian 2013 : Tukar Duit RM Bath

 alhamdulillah rezeki ALLAH dapat mengeluarkan modal sebanyak RM 2000 untuk di bawa bercuti ke Thailand
RM 2000 ne anggaran ku..dan di harap akan ada duit lebih untuk di bawa pulang ke Malaysia

Tukar RM1000 dahulu di changloo Kedah :-) RM 1000 dapat 970 Bath je :-( 

Tips Thailand Hatyai : Plug Adapter Thailand

Thailand Electrical Plug Adapter

ini merupakan kepala plug - plug adapter- yang kita gunakan di thai. tak sama macam malaysia :-(
kalau tak dak benda ne susah la kita nak caj segala macam gadget, tp aku hari 1st di hatyai  guna usb di LED tv hotel tu je tuk caj hp dan power bank..keh2 kiranya on tv 24jam..padan muka tv tu..
Ke esokkan harinya baru pergi cara kepala plug ini harga boleh tahan jugak la 150 bath 

Friday, November 1, 2013

Tips Percutian Hatyai - Songkhla

1. Geran atau salinan geran kenderaan yang telah dicop sah oleh pihak bank (jika masih mempunyai hutang di bank) atau cop dari balai polis berhampiran.Jika kenderaan tersebut pemiliknya tidak ikut serta, satu surat kebenaran perlu dibuat dan ditandatangani oleh pemilik tersebut. (fotostat geran kenderaan 4 atau 5 keping kot2 polis Thai mintak utk simpanan pihak depa).

2. Buat Border Pass utk yang yg dilahirkan di negeri yg bersempadan dgan Thailand, ataupun Passport bg warga negeri lain.

3. Ambik Insuran Thailand yg boleh dibuat di kedai2 insuran di Padang Besaq, Changlun ataupun Bukit Kayu Hitam. Kalau ambik utk 9 hari bayaran yg dikenakan hanya RM 18.00. Isi White Card bg pemegang Passport di kedai tersebut.Untuk makluman insuran tersebut hanya cover utk manusia saja jika tercedera akibat kemalangan dan jikalau hanya melibatkan kenderaan itu kita kna setel sendiri. Untuk peringatan sediakan cash money dlm simpanan jika terjadi kemalangan kerana dari pengalaman dan maklumat dri org perseorangan yg pernah alami kemalangan di sana, jika kita salah ka ataupun depa yg salah kita yg kna bayaq kat depa (tapi tak semua la, ikut budi bicara org tersebut). Kalau nak lebih selamat tambah RM 45.00 untuk insuran yg kaver keseluruhan jika terjadi kemalangan. Jangan risau jika kita berhati2 InsyaAllah semua akan selamat. (jgan lupa doa naik kenderaan). Setelah selesai pembayaran anda akan diserahkan insuran Thailand seperti di bawah yg mana sticker biru tu perlu dilekatkan di cermin kenderaan dan insuran tu perlu disertakan sekali dengan geran/salinan geran beserta Border pass/ Passport semasa membuat pengisytiharan membawa masuk kenderaan kita ke Thailand di kaunter Car Declaration di sebelah Imegresen Thailand ( pemilik harus uruskan sendiri kerana perlu tandatangan di borang & buku depa). Begitu juga jika ingin keluar kita mesti sign balik di buku tersebut utk mengesahkan bahawa kenderaan kita  sudah keluar dari Thailand, kegagalan anda berbuat demikian akan memberi masalah di kemudian hari jika ingin masuk semula dgan kenderaan tersebut, anda akan didenda Rm 200.00.

4. Jangan lupa bawak Emergency Kit atau Ubat-ubatan tambahan jika kita membawa anak2 kecil sebab kos rawatan di Klinik Swasta sana berbeza dengan negara kita. Persediaan awal adalah lebih baik.

5. Harus diingat waktu di Thailand adalah lewat sejam berbanding waktu di Malaysia sebagai contoh jika waktu di Malaysia pukoi 2.00 pm di Thailand baru pukoi 1.00 pm. Ini penting untuk kita set masa dalam membuat tempahan masuk hotel kerana waktu mereka dan kita tak sama.

6. Jika anda membuat percutian bajet ataupun membawa anak2 kecil, bawa sekali bahan makanan seperti Maggi Cup, ayaq 3 in 1, roti, biskut dan lain-lain makanan yg senang dibawa jikalau timbul rasa lapaq di tengah malam.

7. Sebelum memasuki Thailand, isi dulu minyak kenderan full tank sebab kita sedia maklum harga minyak di Thailand adalah sekali ganda mahal dari negara kita. Dan jika anda terpaksa isi di Thailand anda kena faham maksud terma ayat bagi petrol di sana, di Thailand mereka akan tanya anda utk isi Benzine atau gasolin. Jadi kita kna maklum kat depa yg kita nak isi Benzine atau petrol bg terma kita dan gasolin ni lebih kurang mcm minyak gas la.

8. Jika kita menghadapi sebarang permasalahan di sana kita boleh menghubungi Konsulat Malaysia di Songkhla iaitu di http://www.kln.gov.my/web/tha_songkhla/home untuk sebarang pertanyaan.

9. Booking hotel awal untuk mengelakkan kita tercari2 hotel jika tempahan penuh terutamanya pada hujung minggu ataupun pada musim cuti persekolahan. Tempahan online juga boleh dibuat menggunakan www.agoda.com/ atau www.tripadvisor.com.my/  sebab perkhidmatan ni mudah dan menjimatkan masa. Jikalau anda ingin memilih hotel, tambahan membawa anak2 kecil atau pelancong backpacker, pilih la hotel yg berada di 'Heart Of Hatyai' seperti gambaq di bawah kerana kita boleh pergi ke tempat2 tumpuan pelancong dgan hanya berjalan kaki sahaja tanpa perlu pikiaq masalah parking.

10. Buat jadual lawatan ke tempat2 menarik sekitar Hatyai atau Songkhla supaya tak terkejar-kejar masa atau caca marba kat sana nanti sebabnya ada sesetengah tempat hanya dibuka pd waktu2 tertentu sahaja sebagai contoh di Pasar Terapung Khlong Hae, ia hanya dibuka mulai pukoi 3.00 ptg hingga 10.00 mlm pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi jadual perancangan awal dapat mengelakkan percutian kita menjadi bosan.

11. Jika kita ingin selalu berhubung dengan keluarga kita dia M'sia atau dalam negara Thai tanpa menggunakan khidmat Roaming yg kita ketahui agak mahal, kita boleh membeli Sim Kad Thailand dengan harga serendah Rm 5.00 sahaja.

12. Tukar matawang RM ke Bhat utk memudahkan urusan urusniaga di sana. Jika nak buat pertukaran di Hatyai juga boleh dan di sana di Kedai Perkhidmatan pelancongan atau kedai2 runcit mmg menyediakan perkhidmatan Money changer.Untuk makluman nilai Rm 10.00 kita bersamaan Bhat 100.00.

13. Sediakan duit kopi Rm 1.00 utk melicinkan urusan cop Border Pass / Passport di sebelah Imegresen Thailand.

14. Bawak GPS yang mempunyai map Thailand, sebab ia merupakan alatan yg paling berguna sekali apabila berada di sana jika kita belum mahir selok belok jalan dan lalulintas di Hatyai .

15. Jika ingin berkunjung ke Hatyai  pergilah pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad kerana hari2 ni la banyak tempat dan pusat2 jualan atau pasar malam dibuka kerana pada hari2 lain keadaan kat sana sedikit lenggang.

16. Kita sedia maklum konflik berdarah yg sering  melanda kawasan Selatan Thailand, tapi jangan risau tahap keselamatan di Hatyai atau di Wilayah Songkhla amnya masih terkawal. Dan untuk keselamatan elakkan berada berhampiran dengan Anggota Keselamatan Thailand kerana mereka ini yg selalunya menjadi sasaran puak pemisah selatan Thai.


malas naik menaip ahhh kredit blog 

Diamond Hotel : Trip Hatyai Hari Ke Dua Part 2 : Trip Hatyai Thailand 2013

Jam 12 am waktu thai...Kira hari ke 2 dah la nohhh..jap je kan hari ke 2 dah..eerr macam tak cukup ja masa bercuti ne...mencuci mata di kawasan lee garden melihat makanan yang nampak mcm sedap.

ini merupakan pemandangan persekiran hotel diamond plaza
rate time ne 1-11-2013 1190 bath manakala untuk 2-11-2013 jatuh hari dewali 1450 bath

Floating Market : Trip Hatyai Hari Pertama Part 2 : Trip Hatyai Thailand 2013

NAIK TUT TUT KE FLOATING MARKET

kos pergi dah balik dari hotel ke floating market 60 bath di sebab kan kami mengambil 2 biji tut tut katanya discount 50 bath 1 tut tut 4 family jatuh 1 family 25bath

menikmati ayam goreng di floating market

Trip Hatyai Hari Pertama Part 1 : Trip Percutian Hatyai - Songkhla Thailand 2013

Percutian 3 hari 2 malam 4 keluarga ke hat yai dan songkhola thailand. Percutian kali ne merupakan kejayaan organizer Tn Nazri Dan Tn Azri menganjur kan Trip Pertama Percutian Ke Gold Coast Morib. Ini merupakan trip family day kami yang ke 2..eeerrr best dapat tumpang bergembira bersama kawan2..tq ya..keh2..

alhamdulillah trip kali ini melibatkan 4 family .. tp keluarga jetta tak ikut sebb dia ada plan lagi besau..keh2..dia tiada blog kalau tak leh aku link kan trip percutian besau beliau.. 4 family di gantikan dengan memba dewa kami lokman..seorang pekerja yg sangat2 bagus dan berkaliber tinggi.. :-) .. man leh ahh belanja aku makan..keh2..

Hari pertama check in di hotel diamond plaza

kami tukar duit dan buat insuran kereta di area changloo kedah .. 
kos untuk sebijik kereta rm 15 min 9 hari di situ jugak di sediakan perkhidmatan booking hotel.
 -- 1-11-2013 RM 145 dan 2-11-2013 RM 168 di sebabkan rasa mahal kami tidak booking di situ gamble      untuk walk in check in dan alhamdulillah dapat menjimatkan sedikit wang


pemandangan area bukit kayu hitam immigration complex

Diamond plaza hotel 

Makanan Exotik : Percutian Hatyai - Songkhla

Makanan Exotik : Pasar Terapung

Cuaca Hatyai 2013



Cuaca Hatyai 2013

Check Adsense : Duit Youtube


alhamdulillah income dari youtube 


Popular Posts