Thursday, June 21, 2018

RebateMango beri lebih nilai : Lacasa Biru

RebateMango.com, platform mata ganjaran kesetiaan dan pulangan tunai (semua dalam 1) yang inovatif di Asia Tenggara,  optimis menjadikan pembelian dalam talian lebih menyeronokkan.
Pembeli juga  dapat  penuh  ganjaran selain  memanfaatkan nilai ringgit dengan menawarkan pulangan tunai boleh dipercayai, pantas, dan mudah diakses seperti mata penerbangan (air miles) dan tawaran hebat daripada beratus-ratus peruncit dalam talian seperti Lazada, Zalora, Agoda, Qoo10 dan banyak lagi.
Pengasas bersama RebateMango, Jesper Kauth berkata, RebateMango ialah jawapan untuk menangani keresahan yang sering dialami ramai pembeli dalam talian masa kini.
"Menerusi kerjasama  Malaysia Airlines Enrich, AirAsia BIG Loyalty dan Singapore Airlines KrisFlyer, kami bantu pengguna memaksimumkan dan menyatukan mata ganjaran kesetiaan dan pulangan tunai tanpa batas menggunakan satu platform beli-belah dalam talian.  
"Konsep unik menyerlahkan lagi  platform pilihan dalam industri e-dagang Asia Tenggara yang sedang berkembang pesat di mana lebih ramai pengguna membeli-belah di dalam talian setiap hari.
"Pembeli hanya perlu mendaftar, pilih ganjaran dikehendaki dan terus membeli-belah. Mereka boleh mencari tawaran dan ganjaran menerusi beberapa cara termasuk penggunaan saringan dan kategori.
"Mereka juga boleh menetapkan pilihan kegemaran dalam profil masing-masing. Selepas setiap pembelian, RebateMango akan menjejak sejarah pembelian ahli dan memindahkan ganjaran pilihan mereka ke dalam akaun RebateMango masing-masing.
"Buat masa ini, pembeli boleh memilih sama ada mahu memilih untuk pulangan tunai atau mata penerbangan, dan lebih banyak ganjaran akan ditambah sepanjang tahun," katanya dalam satu kenyataan media.
Jelasnya, RebateMango sudah bertapak di Malaysia dan Singapura dengan angka pengguna semakin meningkat dan sedang bekerjasama dengan rakan-rakan jenama global.
"Selain  jenama yang boleh didapati di laman sesawang ini, RebateMango juga berganding bahu dengan rakan-rakan kerjasama tempatan terkenal seperti Digi, Malaysia Airlines Enrich, Singapore Airlines KrisFlyer, AirAsia BIG Loyalty dan Hong Leong Bank," katanya.

Popular Posts