Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Buah
pinggang merupakan organ terpenting dalam tubuh badan kita. Ia sangat
penting di dalam sistem perkencingan. Buah pinggang akan memproses 200
liter darah setiap hari dan menapis keluar sekitar 2 liter air dan
sisa-sisa buangan. Air yang berlebihan dan sisa-sisa buangan ini terdiri
daripada urin,yang mengalir melalui satu tiub sempit yang dipanggil
ureter.Dari ureter,urin akan mengalir ke pundi kencing.Di situ kandungan
urin tadi akan disimpan sehingga anda membuangnya sebagai air kencing.
Buah
pinggang juga berperanan dalam menghasilkan hormon. Beberapa hormon yang
dihasilkan oleh buah pinggang membantu untuk mengekalkan keseimbangan
dalam tubuh. Antara hormon yang dikeluarkan ialah erythropoietin, renin,
dan calcitriol.
- Erythropoietin atau EPO berfungsi untuk merangsang tulang sum-sum untuk menghasilkan sel darah merah.
- Renin berfungsi untuk menetapkan tekanan darah.
- Calcitriol-satu bahan aktif berbentuk vitamin d,berfungsi untuk menjaga kalsium untuk tulang dan untuk keseimbangan kimia yang normal dalam badan.
Jika buah pinggang gagal untuk berfungsi, ini akan menyebabkan
terkumpulnya sisa toksin di dalam badan. Maka ketika ini anda memerlukan
rawatan dialisis untuk membuang racun-racun ini.
11 SEBAB BUAH PINGGANG ROSAK
Ini saya ambil dari page Dr. Malinda. Terima kasih doc atas perkongsian ilmu ini.
Recently terima
beberapa call yang mencari doktor untuk jaga dialysis centre. Excitedly,
mereka kata sekarang ni doktor yang terlatih dalam dialysis ni macam
goreng pisang panas. High demand!
True Enough. Tapi
apa maksudnya? Terlalu ramai pesakit yang perlu menjalani dialysis! Kes
penyakit buah pinggang semakin meningkat, betul?
Cukuplah 13 tahun
melihat saya arwah ayahanda tersayang menderita penyakit buah pinggang.
Di tebuk perut untuk 'Peritoneal dialysis'. Di operation utk AV Fistula.
Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali utk mencari urat darah
menyambung ke mesin dialysis. Kurang darah. Susah bernafas akibat air
banyak yang berkumpul dalam badan dan pelbagai komplikasi lain..
Being as a doctor
is different. Tapi bila perkara itu berlaku pada anggota keluarga
sendiri - Then, baru kita betul-betul tahu, how they suffer!
Saya tidak mahu itu
kesudahan hidup saya. Saya tidak mahu ia berlaku lagi pada ibu, suami,
anak-anak dan keluarga saya. Saya juga tidak mahu anda semua mengalami
nasib yang sama. It's really PAINFUL! Jaga diri kerana jika kita perlu
menjalani dialysis setiap 2-3 hari sekali, semua anggota keluarga akan
merasa kesulitannnya..
Take Care Of Our Own Kidney!
11 Faktor yang merosakkan Buah Pinggang:
1) Kerap tahan kencing
2) Kurang minum air
3) Suka makan makanan masin
4) Suka minum minuman bergas
5) Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
6) Kerap makan daging merah dan Seafood (Tinggi Uric Acid)
7) Kerap makan Pil Tahan Sakit
8 ) Merokok
9) Obesiti
10) Alkohol
11) Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal
Buah Pinggang Kita. Amanah Kita.