Kegunaan Chlorhexidine gluconate
Chlorhexidine gluconate adalah sejenis cecair antiseptik yang digunakan untuk membunuh kuman yang
melekat pada badan. Ia berupaya untuk membunuh pelbagai jenis bakteria dan fungus. Ia biasa diperolehi
dalam bentuk cecair sabun atau ubat kumuh. Antara jenama yang biasa digunakan ialah Antibex.
Chlorhexidine gluconate biasanya digunakan untuk:
membasuh tangan sebelum melakukan sesuatu prosedur di hospital atau klinik seperti pembedahan
merawat penyakit gusi dan mulut. Antara penyakit yang biasa dirawat dengan chlorhexidine
gluconate ialah radang gusi. Dalam kes ini, chlorhexidine gluconate dihasilkan sebagai pencuci mulut.
membersihkan tali pusat bayi yang baru lahir
Kontraindikasi daripada menggunakan chlorhexidine gluconate
Ia tidak sesuai digunakan oleh sesiapa yang mempunyai tandatanda alahan semasa menggunakannya seperti
naik ruam merah yang gatal dan bengkak pada bahagian kulit yang terkena cecair tersebut.
Kesan sampingan chlorhexidine gluconate
Chlorhexidine gluconate boleh mengakibatkan berlaku tindakbalas alahan seperti kulit menjadi merah, gatal
dan bengkak.
credit
No comments:
Post a Comment